PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
Stranski-Krastanov growth | | | Satu daripada ragam pertumbuhan filem tipis secara epitaksi pada permukaan hablur yang proses pertumbuhannya melibatkan dua langkah, iaitu pemendapan filem tipis lapis demi lapis sehingga mencapai ketebalan genting diikuti dengan pertumbuhan pulau disebabkan oleh ketakpadanan kekisi. Ketebalan genting bergantung pada sifat fizik dan kimia substrat dan bahan filem, seperti tenaga permukaan dan parameter kekisi. Pertumbuhan Stranski-Krastanov digunakan untuk memfabrikasi bintik kuantum. Sinonim pertumbuhan SK. Lihat juga pertumbuhan Volmer-Weber (VW), pertumbuhan Frank-van der Merwe (FM). |
memory | | | Peranti yang dapat menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat digital dengan pantas. Peranti ini diperbuat daripada filem tipis bahan magnet ataupun filem tipis bahan optik. Memori digital diukur dalam bit, seperti kilobit dan megabit. Contoh penggunaan memori adalah pada cip RAM dalam komputer, cakera padat, pemacu pena dan pita video. Sinonim memori. |
lattice mismatch | | | Keadaan yang menggambarkan tidak wujud kesepadanan satah kekisi antara dua permukaan bahan seperti filem tipis dan substrat. Contohnya, tiada kesepadanan kekisi berlaku, apabila filem tipis indium galium nitrida (InGaN) dimendapkan di atas substrat nilam (Al2O3) dalam proses pembuatan diod pemancar cahaya, (LED). Tiada kesepadanan kekisi menyebabkan kecekapan peranti LED rendah. |
nanofiltration | | | Proses penurasan menggunakan membran berliang bersaiz antara 1 nm - 10 nm, iaitu lebih kecil daripada saiz ultraturas. Membran diperbuat daripada filem tipis polietilena tereftalat atau filem tipis alumina. Pada awalnya proses ini digunakan untuk prarawatan air laut bagi menapis keluar ion Ca2+ dan Mg2+, iaitu sebelum dilakukan rawatan selanjutnya menggunakan osmosis berbalik. Proses ini digunakan juga untuk menuras susu, jus dan bahan ubatan. |
metal insulator metal junction | | | Struktur peranti elektronik yang terdiri daripada satu lapisan tipis penebat yang diapit oleh dua logam, sama ada logam yang sama atau berlainan jenis. Ketebalan lapisan penebat terdiri daripada beberapa nanometer. Jika lapisan penebat terlalu tipis, penerowongan elektron tunggal dapat berlaku. |
Volmer-Weber growth (VW) | | | Satu pertumbuhan filem tipis di atas substrat dengan cara beberapa lapisan permulaan tumbuh sebagai pulau yang berpusat pada tapak penukleusan. Pulau ini akan membesar sehingga menyentuh antara satu sama lain. Pertumbuhan Volmer-Weber berlaku apabila saling tindakan antara atom jerap lebih kuat berbanding saling tindakan atom jerap dengan permukaan substrat. Filem tipis yang dihasilkan melalui pertumbuhan Volmer-Weber adalah kasar. Pertumbuhan Volmer-Weber digunakan untuk memfabrikasi bintik kuantum. Sinonim pertumbuhan VW. |
square well | | | Nanostruktur satu dimensi bahan yang difabrikasi supaya memberikan kesan kuantum yang sama seperti elektron terkurung dalam perigi keupayaan berbentuk segi empat sama. Struktur ini berbentuk filem tipis berketebalan sama atau kurang daripada 100 nm. Contohnya, filem tipis galium arsenida yang dimendapkan di atas satu substrat. |
photonic crystal | | | Hablur yang terdiri daripada susunan bahan secara berkala yang direka bentuk supaya memberikan kesan kepada pergerakan foton (gelombang elektromagnet) sama seperti pergerakan elektron dalam hablur semikonduktor. Susunan tersebut terdiri daripada lapisan filem tipis berpemalar dielektrik tinggi berselang dengan lapisan filem tipis berpemalar dielektrik rendah. Pergerakan foton dalam hablur ini sama dengan pergerakan elektron dalam jalur tenaga semikonduktor. Hablur fotonik terdapat secara tabii atau buatan. Contoh hablur fotonik semula jadi ialah batu permata opal. Hablur fotonik dihasilkan melalui teknik litografi atau teknik lain sama seperti penyediaan litar bersepadu bahan semikonduktor. Hablur fotonik digunakan dalam sistem komunikasi. |
Josephson junction | | | Satu lapisan penebat tipis yang memisahkan dua bahan superkonduktor untuk menghasilkan kesan Josephson. Lihat juga kesan Josephson. |
Langmuir-Blodgett film | | | Filem tipis yang terdiri daripada satu atau lebih monolapisan bahan organik. Filem ini dimendapkan daripada permukaan suatu cecair ke atas permukaan suatu pepejal secara mencelup substrat pepejal ke dalam cecair. Proses pemendapan monolapisan ini dapat dilakukan secara berulang-ulang untuk mendapatkan ketebalan filem yang dikehendaki. |