PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
microscopic | | | Sifat objek yang kuantiti fiziknya tidak dapat diukur atau dicerap secara terus disebabkan oleh saiznya yang kurang daripada 1 mikrometer. Dari segi statistik, objek ini merupakan komponen sistem makro. Banding makroskopik. |
siderophore | | | Molekul yang mengikat dan mengangkut ion besi Fe3+, dalam organisma atau tumbuhan. Ion besi mempunyai kelarutan yang rendah pada pH neutral dan tidak dapat digunakan oleh organisma atau tumbuhan. Molekul ini melarut ion sebagai kompleks Fe3+ dan seterusnya diangkut ke tempat yang dikehendaki. |
catenane | | | Molekul yang mengandungi dua atau lebih gelang yang saling mengunci. Molekul ini berukuran 0.5 nm panjang dan 1 nm lebar dan berfungsi sebagai suis nano. Gelang saling mengunci ini tidak dapat dipisahkan tanpa memecahkan ikatan kovalen makrokitar. |
molecular sieve | | | Bahan yang mengandungi liang halus bersaiz seragam yang digunakan sebagai penyerap gas dan cecair. Molekul kecil, seperti molekul air dapat melaluinya dan terjerap, manakala molekul lebih besar tidak dapat melaluinya. Contoh penapis molekul ialah tanah liat, kaca poros dan karbon aktif. |
quantum wire | | | Satu wayar pengalir arus elektrik yang sifat pengangkutan elektriknya dipengaruhi oleh kesan kuantum. Wayar ini mempunyai diameter kurang daripada 100 nm yang menyebabkan elektron konduksi dalam arah melintang wayar terkurung dan tenaganya terkuantum. Kerintangan elektrik dalam wayar ini juga terkuantum dan tidak dapat dikira menggunakan rumus kerintangan elektrik klasik. Kekonduksian elektrik wayar kuantum dapat mencapai 10 kali kekonduksian tembaga. Contoh wayar kuantum ialah nanotiub karbon. |
collagen | | | Sebarang sebatian organik dalam kelas protein yang paling banyak terdapat dalam badan haiwan. Kolagen biasanya berbentuk serabut, tidak kenyal, berwarna putih dengan kekuatan tegasan yang tinggi dan tidak larut di dalam air. Kolagen yang terdapat di bawah kulit binatang dapat digunakan sebagai bahan pelekat. Kolagen khas digunakan dalam perubatan semasa pembedahan. Saiz kolagen adalah sekitar 1 nm, tetapi dalam bentuk serat saiznya adalah dalam julat 50 nm - 500 nm. |
catalyst | | | Bahan yang dapat meningkatkan kadar tindak balas kimia, namun bahan ini tidak digunakan dalam tindak balas tersebut. Pemangkin meningkatkan kadar tindak balas kimia dengan mengurangkan tenaga pengaktifan tindak balas. Kadar tindak balas berlaku dengan cepat apabila permukaan tindak balas kimia diperluas, terutama pemangkin berstruktur nano. Contoh pemangkin semula jadi ialah enzim. |
giant magnetoresistance (GMR) | | | Fenomena rintangan bahan tertentu yang berubah terlalu besar apabila medan magnet dikenakan terhadapnya. Kesan ini dapat dilihat pada struktur multilapisan magnet, dengan dua lapisan magnet diasingkan dengan rapat oleh suatu lapisan dengan ketebalan beberapa nanometer. Lapisan magnet pertama hanya membenarkan elektron dalam suatu keadaan spin melepasinya dengan mudah sekiranya lapisan magnet kedua sejajar dengannya. Sekiranya lapisan kedua tidak sejajar, aliran spin tidak mudah merentasi struktur kerana rintangan elektrik adalah tinggi. Contohnya dalam struktur multilapisan Fe/Cr dan Co/Cu, magnitud perubahan rintangan adalah sekitar 100% pada suhu rendah. Antara penggunaan magnetorintangan raksasa ialah penderia kompas elektronik, ingatan magnet bukan meruap dan pengesanan periuk api. |
acetal | | | Cecair mudah meruap, tidak berwarna dan mudah terbakar. Formula kimianya ialah CH3CH(OC2H5)2. Molekul bahan ini dapat bergabung dengan molekul polimer lain, seperti poliaktida dan polietilena-glikol bagi membentuk misel. |
scattering length | | | Jarak garis serenjang dari pusat atom atau nukleus sasaran ke garis alur zarah atau nukleus tuju terdekat yang dapat dicapai dalam penyerakan. Jarak ini digunakan untuk menganalisis serakan suatu zarah atau nukleus tuju oleh atom atau nukleus tertentu. Panjang penyerakan ini juga dapat ditentukan bersamaan dengan jejari sfera yang berpusat pada nuklues atom sasaran yang tidak dapat ditembusi oleh zarah atau nukleus tuju. Contoh zarah tuju ialah elektron dan neutron, manakala contoh sinaran tuju ialah sinar-X, sinar gama dan sinar cahaya laser. |
|
Puisi |
---|
|
Jikalau tidak hujan di bukit, Keduduk tidak berbunga lagi; Jikalau tidak dapat bujang berjoget, Saya tidak menari lagi.
Lihat selanjutnya... |
|