PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
nanoethics | | | Bidang yang berkaitan dengan etika penggunaan nanoteknologi yang dapat memberikan implikasi buruk terhadap masyarakat, terutama mengenai keselamatan terhadap manusia dan hidupan lain serta kesan terhadap alam sekitar. Beberapa organisasi dari negara maju yang disokong oleh badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyediakan garis panduan etika penggunaan nanoteknologi termasuk yang melibatkan implikasi undang-undang. |
confocal optical microscopy (COM) | | | Kaedah yang digunakan untuk meningkatkan kontras (kejelasan) imej pada mikroskop, terutama pada sampel/bahan uji yang tebal. Sampel/bahan uji akan disinari oleh cahaya sefokus. Cahaya sefokus terbentuk apabila cahaya tersebut melalui lubang (pinhole). Cahaya daripada sampel/bahan uji tersebut kemudiannya terpantul semula dan dikesan oleh alat pengesan. |
density functional theory | | | Satu teori yang digunakan untuk mengkaji struktur elektronik pada sistem banyak jasad, terutama sistem molekul dan fasa terkondensasi. Teori ini adalah untuk menggantikan fungsi gelombang elektron banyak jasad dengan ketumpatan elektron sebagai kuantiti asas. Fungsi gelombang banyak jasad bersandar pada pemboleh ubah 3N, iaitu 3 pemboleh ubah ruang bagi setiap jasad N, sedangkan fungsi ketumpatan hanya bersandar pada tiga pemboleh ubah ruang ketumpatan dan lebih mudah dikendalikan. |
catalyst | | | Bahan yang dapat meningkatkan kadar tindak balas kimia, namun bahan ini tidak digunakan dalam tindak balas tersebut. Pemangkin meningkatkan kadar tindak balas kimia dengan mengurangkan tenaga pengaktifan tindak balas. Kadar tindak balas berlaku dengan cepat apabila permukaan tindak balas kimia diperluas, terutama pemangkin berstruktur nano. Contoh pemangkin semula jadi ialah enzim. |
self-assembly | | | Prinsip asas untuk menghasilkan susunan suatu struktur pada sebarang skala meliputi sistem molekul. Prinsip ini merujuk kepada penyusunan molekul tanpa pengaruh luar. Contohnya, polimer yang rumit mempunyai kemampuan untuk menyusun sendiri struktur gelungan rawak kepada struktur yang lebih stabil. Swapasang berlaku secara spontan dalam alam tabii, terutama dalam sistem biologi. Contohnya, swapasang membran dwilapisan lipid dalam sel. |
fullerene | | | Molekul berongga yang kesemua atomnya terdiri daripada unsur karbon dan mempunyai muka berbentuk heksagon, yang bercantum sehingga membentuk sfera, elipsoid atau tiub. Fulerena asal ialah C60 berbentuk sfera yang dipanggil bola bucky. Selain C60, fulerena C20, C22, C70, C76, C80 dan C84 juga dapat disintesiskan. Nanotiub karbon ialah salah satu contoh fulerena berbentuk silinder dengan kelebaran beberapa nanometer. Molekul ini merupakan sebatian yang sangat stabil terutama terhadap suhu dan sifat mekanik. Lihat juga bola bucky. |
|
|