PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
short range order | | | Susunan teratur atom dalam cecair atau pepejal tidak tertib yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom lain adalah lebih besar berbanding dengan atom yang berada dalam keadaan rawak penuh. Contohnya, tertib julat pendek terdapat dalam bahan semikonduktor amorfus dan karbon amorfus. Banding tertib julat panjang. |
long range order | | | Susunan teratur atom dalam pepejal berstruktur hablur yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom yang sama adalah lebih besar. Susunan atom ini berulang pada julat yang berpanjangan. Contohnya, tertib julat panjang terdapat dalam bahan berhablur seperti silikon dan intan. Banding tertib julat pendek. |
Kirkwood-Adler transition | | | Keadaan peralihan fasa ampaian koloid yang zarahnya adalah dalam keadaan tak tertib ke fasa kekisi yang tertib. Peralihan ini dapat diubah dengan mengubah kepekatan atau cas zarah. Pada kepekatan tinggi atau pada tolakan julat dekat, struktur kekisi ialah kubus berpusatkan muka. Jika sebaliknya, struktur berpusatkan jasad terbentuk. |
Bragg equation | | | Persamaan yang digunakan untuk menentukan kedudukan satah dalam belauan sinar-X: n? = 2d sin?, dengan n = tertib, ? = panjang gelombang, d = jarak kekisi; dan ? = sudut belauan. |
Bragg law | | | Hukum Bragg ditakrifkan sebagai n? = 2d sin? iaitu hukum yang menerangkan sifat permukaan hablur bahan yang memantulkan sinar-X pada sudut tertentu (?, ?), dengan n = tertib, ? = panjang gelombang, d = jarak kekisi dan ? = maksimum belauan. |
|
Tesaurus |
---|
| tertib (adjektif) | Bersinonim dengan sopan, santun, sopan santun, beradab, beradat, bersusila, berdisiplin, bersistem, teratur;, | | Kata Terbitan : bertertib, ketertiban, |
|
|