PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
encapsulation | | | Pengurungan bahan atau peranti supaya terpencil daripada pengaruh kimia atau fizik persekitaran seperti kelembapan udara. Contohnya, pengkapsulan enzim, ubat, nanozarah, atau peranti elektronik. |
square well | | | Nanostruktur satu dimensi bahan yang difabrikasi supaya memberikan kesan kuantum yang sama seperti elektron terkurung dalam perigi keupayaan berbentuk segi empat sama. Struktur ini berbentuk filem tipis berketebalan sama atau kurang daripada 100 nm. Contohnya, filem tipis galium arsenida yang dimendapkan di atas satu substrat. |
bucky paper | | | Susunan nanotiub karbon yang dilekatkan pada plat loyang supaya terbentuk lapisan rata. Kertas ini dibuat bertujuan untuk menentukan tegasan nanotiub dengan cara mengukur perubahan voltan pada kertas tersebut apabila plat loyang diregangkan. |
artificial protein | | | Satu protein yang disintesis secara kimia dan molekulnya direka bentuk supaya sesuai dengan tujuan penggunaan tertentu. Reka bentuk molekul protein biasanya dilakukan menggunakan algoritma komputer. Protein asli merupakan terbitan daripada proses biologi. Protein buatan berpotensi digunakan dalam perubatan, biopenderia dan pelbagai peranti elektronik. |
charge couple device | | | Alat yang diperbuat daripada bahan semikonduktor yang disusun supaya output cas elektrik daripada salah satu semikonduktor mengecas semikonduktor di sebelahnya. |
nanoscale magnetic structure | | | Struktur bintik kuantum daripada bahan magnet yang saiznya dikawal supaya tidak menjejaskan sifat kemagnetannya. Untuk saiz bintik kuantum yang terlalu kecil, sifat kemagnetan ini akan mudah hilang disebabkan oleh tenaga haba. Saiz bintik ini dihadkan oleh sifat superparamagnet. Bahan ini biasanya digunakan untuk meningkatkan ketumpatan ingatan magnet pada komputer, bendalir fero, imej berwarna, dan biopemprosesan. |
photonic crystal | | | Hablur yang terdiri daripada susunan bahan secara berkala yang direka bentuk supaya memberikan kesan kepada pergerakan foton (gelombang elektromagnet) sama seperti pergerakan elektron dalam hablur semikonduktor. Susunan tersebut terdiri daripada lapisan filem tipis berpemalar dielektrik tinggi berselang dengan lapisan filem tipis berpemalar dielektrik rendah. Pergerakan foton dalam hablur ini sama dengan pergerakan elektron dalam jalur tenaga semikonduktor. Hablur fotonik terdapat secara tabii atau buatan. Contoh hablur fotonik semula jadi ialah batu permata opal. Hablur fotonik dihasilkan melalui teknik litografi atau teknik lain sama seperti penyediaan litar bersepadu bahan semikonduktor. Hablur fotonik digunakan dalam sistem komunikasi. |
electrochemical cell | | | Sel yang terdiri daripada gabungan dua elektrod, disusun dalam suatu bahan elektrolit supaya tindak balas penurunan pengoksidaan berlaku serta menghasilkan daya elektromotif. Contohnya, sel kering, sel basah, sel piawai, sel bahan api, dan sel elektrolit pepejal. |
nanobrick | | | Filem berketebalan kurang daripada 100 nm yang diperbuat daripada campuran sekitar 70% tanah liat dengan polimer mempunyai struktur sama seperti bata. Filem ini digunakan untuk melapisi pembungkus makanan supaya tahan lama, melapisi pakaian untuk tahan api dan permukaan bahan untuk tahan gores. |
cobot | | | Sejenis robot yang berinteraksi secara terus dengan manusia. Prototaip asal kobot telah digunakan dalam industri pemasangan kereta untuk membawa komponen yang berat seperti kerusi dan papan meter ke dalam kereta supaya tidak merosakkan kereta jika dibandingkan dengan tenaga manusia. |
|
Puisi |
---|
|
Pasang kelambu tepi jendela, Supaya senang pintu dikunci; Biar beribu dara dan janda, Saya memilih yang baik budi.
Lihat selanjutnya... |
|