PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
Frenkel defect | | | Keadaan cacat dalam hablur yang terdiri daripada kekosongan dan interstis apabila atom atau ion meninggalkan subkekisi dan menghuni pada kedudukan interstis. Contohnya, gambar rajah skematik dua dimensi pada struktur kekisi natrium klorida, ion Na meninggalkan subkekisi dan membentuk interstis. |
Fraunhofer diffraction | | | Sejenis pembelauan yang berlaku apabila nombor Fresnel kurang daripada satu. Nombor Fresnel ialah parameter yang menentukan kawasan kesan pembelauan. Perbezaan antara belauan Fraunhofer dan Bragg seperti dalam rajah. Sudut sinar jatuhan Fraunhofer selari dengan kedudukan sampel, manakala belauan Bragg sudut sinar jatuhan tidak selari. |
Lewis acid | | | Bahan kimia yang dapat menerima sepasang elektron daripada suatu alkali untuk membentuk satu ikatan kovalen koordinat yang menghasilkan kompleks atau sebatian kimia baharu yang dipanggil aduk. Tindak balas asid-alkali Lewis ditunjukkan dalam rajah yang berikut: Contohnya, ion zink (Zn2+) ialah asid Lewis dan amonia (NH3) ialah alkali Lewis bertindak balas membentuk kompleks [Zn (NH3)4]4+. |
near-field microwave microscopy (NFMM) | | | Kaedah yang digunakan untuk pencirian bahan secara kuantitatif dengan mengukur tindak balas gelombang pada skala tertentu, yang panjang gelombangnya lebih pendek daripada gelombang elektromagnet tuju. Prinsip pengukuran seperti dalam rajah. |
|
Tesaurus |
---|
| rajah (kata nama) | Bersinonim dengan gambar, gambar rajah, graf, ilustrasi, lukisan, bagan, lakaran, pelan;, | | Kata Terbitan : merajah, merajahkan, |
|
|