PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
computer switching nanotube | | | Peranti suis sistem komputer yang berasaskan karbon nanotiub dan dapat meniru fungsi suis mikropemproses berasaskan silikon. Komputer yang berasaskan peranti ini mampu membaca dan menulis dengan lebih pantas serta bersaiz lebih kecil. |
quantum confinement | | | Pengurungan elektron atau lohong dalam semikonduktor berupa sekatan pergerakan dalam satu atau lebih dimensi. Pengurungan kuantum ini dapat berlaku apabila satu atau lebih dimensi hablur dikecilkan sehingga menghampiri saiz jejari Bohr, iaitu 10 nm - 100 nm. Contohnya, bintik kuantum dikurung dalam tiga dimensi, wayar kuantum dalam dua dimensi dan perigi kuantum dalam satu dimensi. |
nanocomputer | | | Komputer dengan litar bersaiz nano yang berasaskan sistem elektronik, biokimia atau kuantum. Nanokomputer berupaya memproses data dengan lebih laju, di samping memiliki ingatan yang lebih besar berbanding mikrokomputer. |
Rayleigh scattering | | | Proses penyerakan gelombang elektromagnet oleh zarah yang saiznya lebih kecil daripada jarak gelombang sinaran tersebut, yang menyebabkan berlakunya pemisahan warna. Kesan ini dapat dilihat sebagai warna kemerah-merahan semasa matahari terbenam dan warna biru pada langit. Oleh sebab cahaya biru merupakan gelombang terpendek pada spektrum sinar tampak, maka cahaya biru lebih banyak diserakkan oleh atmosfera berbanding cahaya merah yang jarak gelombangnya lebih panjang. |
silanol | | | Sebatian kimia yang terdiri daripada satu atom silikon terikat kepada satu atau lebih kumpulan hidroksil. Silanol merupakan bahan poros yang formula kimianya ialah SiOH. Dalam proses pemendapan filem tipis nanozarah, contohnya perak, substrat dilapisi dengan silanol terlebih dahulu supaya pelekatan filem menjadi lebih baik. |
molecules | | | Gabungan dua atau lebih atom melalui ikatan kimia dan membentuk struktur tertentu. Setiap molekul wujud sendiri dan mempunyai ciri kimia tersendiri. Contohnya, natrium klorida (NaCl) terdiri daripada 1 atom natrium dan 1 atom klorin membentuk molekul melalui ikatan ionik, dan etanol (C2H6O) terdiri daripada 2 atom karbon, 6 atom hidrogen dan 1 atom oksigen membentuk molekul melalui ikatan kovalens. |
catenane | | | Molekul yang mengandungi dua atau lebih gelang yang saling mengunci. Molekul ini berukuran 0.5 nm panjang dan 1 nm lebar dan berfungsi sebagai suis nano. Gelang saling mengunci ini tidak dapat dipisahkan tanpa memecahkan ikatan kovalen makrokitar. |
composite | | | Bahan yang dihasilkan daripada dua atau lebih gabungan bahan yang bersifat fizik dan kimia berlainan. Contohnya, serlog (seramik dan logam), konkrit dan kaca gentian. |
optical microscopy | | | Kaedah untuk menganalisis sampel dengan lebih jelas melalui pembesaran imej dari kanta dengan cahaya tampak. Kaedah ini mula digunakan pada abad ke-18 dan masih digunakan hingga hari ini. |
thermolysis | | | Penguraian satu sebatian kimia kepada dua atau lebih sebatian dengan membekalkan tenaga haba. Proses termolisis digunakan untuk membuat nanozarah kation logam, molekul anion atau sebatian organik logam. Contohnya, nanozarah litium dihasilkan menerusi termolisis litium azida (LiN3). |
|
Tesaurus |
---|
| lebih | 1. Bersinonim dengan baki ( sisa) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan semakin ( bertambah, kian, lagi, ) (kata tugas:) Berantonim dengan kurang
| Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan, |
|
Puisi |
---|
|
Apa lebih kepada belida, Sisik ada tulang pun ada; Tak dak lebih darimu dinda, Bahasa ada rupa pun ada.
Lihat selanjutnya... |
|