PeribahasaMata belalang belum pecah, sudah hendak membuta.TakrifTerlalu lekas masuk ke tempat tidur. membuta = tidur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidur tak lelap, makan tak kenyang.TakrifOrang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidur diperkalang, berjalan dipertongkat.TakrifIlmu yang tidak lupa diamalkan siang dan malam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidur di kasur.TakrifMendapat kesenangan; beristeri orang kaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai tidur di atas miang.TakrifSangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terpijak bara hangat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMata tidur, bantal berjaga.TakrifPerempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang, b. Mata kejam, bantal membuat ragam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling.TakrifTidak senang melihat kebahagiaan orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kucing tidur di bantai.TakrifHidup senang dan mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam bertelur di atas padi). bantai = daging binatang yang disembelih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKeluh (kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran.TakrifKemewahan ataupun kekayaan tidak selamanya membawa kebahagiaan; sebaliknya, hidup miskin ada kalanya memberi kesenangan. Berkeruh = mendengkur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengusik anjing tidur.TakrifSengaja mencari kesusahan atau bahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Menjolok sarang tabuan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
307 | Let sleeping dogs lie | Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah. | Mengusik anjing tidur | Why should your bother them when they don't bother you? Let sleeping dogs lie. We don't want them to ruin our trade which is just booming. | Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Jangan mengusik anjing tidur. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
314 | Wake not a sleeping lion | Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah. | Mengusik anjing tidur | Why should your bother them when they don't bother you? Wake not a sleeping lion . We don't want them to ruin our trade which is just booming. | Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Jangan mengusik anjing tidur. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
309 | Let sleeping dogs lie | Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah. | Jangan menggerak ular tidur | Why should your bother them when they don't bother you? Let sleeping dogs lie. We don't want them to ruin our trade which is just booming. | Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Jangan menggerak ular tidur. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
305 | It's not wise to wake a sleeping lion | Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah. | Mengusik anjing tidur | Why should your bother them when they don't bother you? It's not wise to wake a sleeping lion. We don't want them to ruin our trade which is just booming. | Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Jangan mengusik anjing tidur. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tidur (kata kerja) | Bersinonim dengan beradu, membuta, mereluh, menereluh, beroloh, mengadar, bobok, berdengkur, belayar ke pulau kapuk;, | | Kata Terbitan : meniduri, menidurkan, tertidur, setiduran, kesetiduran, berseketiduran, penidur, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau ada padi gugur, Bolehlah kita tampi-tampi; Kasih terlupa antara tidur, Dalam tidur kita bermimpi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 314 Wake not a sleeping lion Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah. Mengusik anjing tidur Why should your bother them when they don't bother you? Wake not a sleeping lion . We don't want them to ruin our trade which is just booming. Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Jangan mengusik anjing tidur. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|