PeribahasaSudah seasam segaramnya.TakrifSudah tidak ada cacat-celanya lagi (pekerjaan atau perbuatan yang sempurna).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah mati kutu.TakrifSudah tidak bertenaga lagi; tak dapat berbuat apa-apa lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTampan sudah, langgam terbawa.TakrifSudah tidak ada cacat celanya; segala-galanya baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah patah yang bertaji.TakrifOrang yang disegani sudah tidak ada.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah tidak tersudu oleh angsa, baru diberikan kepada itik.TakrifBarang yang tiada berguna kepada orang kaya (besar), barulah diberikan kepada orang miskin (hina dan sebagainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerikat kaki tangan.TakrifSudah tidak berkuasa lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis hulubalang bersiak.TakrifApabila sudah tidak ada orang yang akan diperintah, maka diri sendirilah yang harus mengerjakannya. siak = orang yang hidup miskin kerana Allah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti ikan kena tuba.TakrifSudah tidak berdaya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLepas kaki leher terjerat.TakrifOrang jahat yang sudah tidak dapat menyembunyikan kejahatannya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang bahasa lenyap bangsa.TakrifApabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Sudah nasib pisang jeranang, Berjantung ada berbuah tidak; Sudah nasib apa dikenang, Orang dikenang teringat tidak.
Lihat selanjutnya... |
|