PeribahasaSakit pandan tidak tahukan duri, sakitnya badan tidak tahukan diri.TakrifOrang yang tidak tahu akan dirinya sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai sambau di pintu kandang.TakrifKeadaan yang tidak tetap (sakit atau hidup melarat). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai sambau di tengah jalan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai sambau di tengah jalan.TakrifKeadaan yang tidak tetap (sakit atau hidup melarat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai haruan di dalam tuar.TakrifTidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah. tuar = lukah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMahal imam murahlah kitab; mahal demam murah sakit.TakrifSungguhpun orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai ayam mabuk tahi.TakrifPucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDidukung disangka orang sakit, kiranya orang kekenyangan.TakrifMenolong orang tidak pada tempatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan.TakrifOrang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali. (Bandingkan dengan: Jangan bagai orang patah selera, banyak makan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
123 | It's no use crying over spilt milk | Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi. | Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat | Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but it's no use crying over split milk. | Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat . | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
70 | If the cap fits, wear it | Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita. | Siapa yang luka menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh | When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer. | Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa yang luka menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh!" tempelak pengeluar filem itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
71 | If the cap fits, wear it | Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita. | Siapa yang kena cubit, dialah yang merasa sakit | When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer. | Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa yang kena cubit, dialah yang merasa sakit!" tempelak pengeluar filem itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Sakit saya kena cepu, Tidak sakit kumbang menyengat; Sakit saya kerana tipu, Dalam tipu tidak ingat.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 70 If the cap fits, wear it Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita. Siapa yang luka menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer. Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa yang luka menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh!" tempelak pengeluar filem itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|