PeribahasaYang sejengkal tidak dapat jadi sedepa.TakrifSesuatu yang tidak dapat diubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Yang secupak [= sesukat] takkan jadi segantang, b. Yang sehasta takkan jadi sedepa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDada manusia tidak dapat diselam.TakrifPengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang sehasta takkan jadi sedepa.TakrifSesuatu yang tidak dapat diubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Yang secupak [= sesukat] takkan jadi segantang, b. Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu.TakrifPengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga. (Peribahasa lain yang sama makna: Dada manusia tidak dapat diselam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi.TakrifTidak berharga dalam masyarakat; tidak dapat menolong dan sebagainya. melukut = lemukut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNasi tersenduk tidak termakan.TakrifTidak dapat merasainya, meskipun sudah diperoleh; belum menjadi rezeki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTanduk di kepala tak dapat digelengkan.TakrifTidak dapat menghindarkan diri daripada tugas kewajipan (pekerjaan) yang sudah ditentukan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSayang rugi membeli tali timba, air setitik tak dapat.TakrifKerana takut rugi pekerjaan tidak jadi atau keuntungan tidak dapat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak dapat diungkit dengan besi hangat.TakrifDua orang yang amat berkasih-kasihan yang tak dapat dipisahkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau sumpit tak berisi, mana boleh ditegakkan.TakrifKalau perut tidak diisi tentu tidak dapat melakukan pekerjaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Jikalau tidak hujan di bukit, Keduduk tidak berbunga lagi; Jikalau tidak dapat bujang berjoget, Saya tidak menari lagi.
Lihat selanjutnya... |
|