PeribahasaDigantung tinggi, dibuang jauh.TakrifTidak berkuasa sedikit jua; lemah sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerikat kaki tangan.TakrifSudah tidak berkuasa lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai parang buruk, tali sabut tiada tergolok.TakrifTidak berkuasa melakukan pekerjaan kerana terlalu lemah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi.TakrifApabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada terempang peluru oleh lalang.TakrifKehendak orang yang berkuasa tidak tertahankan oleh orang yang lemah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKe mana kelok lilin, ke sana kelok loyang.TakrifSelalu menurutkan kehendak orang yang berkuasa, tidak dapat mengambil keputusan sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri.TakrifOrang lemah dalam kekuasaan orang yang berkuasa, tidak berdaya untuk melawan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama kambing kecil: merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melembang bumi.TakrifOrang yang tidak dihiraukan kerana tiada berkuasa apa-apa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTergeser kena miangnya, terlanggar kena rabasnya.TakrifOrang yang berkuasa dan zalim, tidak dapat orang kecil bersalah sedikit kepadanya. (Bandingkan dengan: Sudu-sudu di tepi jalan [dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti pasir di tepi pantai, (tatkala) air timpas bolehlah dibahagikan.TakrifTidak boleh membenarkan perbuatan (perkataan) orang-orang yang berkuasa ketika ia sedang marah, tunggulah dulu sampai reda kemarahannya. timpas = air surut yang serendah-rendahnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|