PeribahasaBau malaikat terhempas.TakrifHarum sekali, terutama tentang perempuan muda yang memakai wangi-wangian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai tuman makan anak.TakrifBerbuat pekerjaan cabul (terutama pada orang yang seharusnya mesti diperlindungi). tuman = sebangsa ikan sungai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDiiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk.TakrifKeadaan yang serba salah, terutama dalam menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak tentu fikirannya, tak diajak ia marah. (Bandingkan dengan: Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencari lantai terjungkat (= terjungkit).TakrifMencari-cari kesalahan orang terutama orang kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTunggang hilang berani mati.TakrifTiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGuru kencing berdiri, murid kencing berlari.TakrifMurid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti denak mencari lawan.TakrifOrang yang terlalu ingin berbuat sesuatu pekerjaan, terutama di dalam sesuatu pertandingan. denak = burung pemikat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari.TakrifMurid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian, b. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian.TakrifMurid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Guru kencing berdiri, murid kencing berlarian, b. Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari). anak sasian = murid.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDiam di laut, masin tidak; diam di bandar tak meniru.TakrifTidak menghiraukan segala perubahan terutama perubahan-perubahan yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|