PeribahasaIntan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya.TakrifKebenaran akan ternyata juga, walapun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMakan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong.TakrifKahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSukar kaji pada orang alim, sukar wang pada orang kaya.TakrifOrang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| nyata (adjektif) | 1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh, Berantonim dengan kabur
2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,
| Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata, |
|
|