PeribahasaTerlampau panggang jadi hangus.TakrifKerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerlampau dikadang, mentah.TakrifKerana terlalu diperbagus, akhirnya menjadi buruk. kadang (= mengadang) mengeringkan air nasi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerlampau lurus, kurus; terlampau cerdik terkedik.TakrifHendaklah pandai membawa diri dalam pergaulan. kedik = lentuk ke belakang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerlampau duka terurah buntil, terlampau suka terurah rahsia.TakrifHendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal (baik waktu duka mahupun waktu suka). urah = bongkar, urai; buntil = kantung daripada kain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGulai terlampau serai maung rasanya.TakrifPerbuatan (perkataan) yang berlebih-lebihan akhirnya akan menjadi sia-sia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerlalu (= terlampau) cepat jadi lambat.TakrifPekerjaan yang tergesa-gesa sering kali tidak selamat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSemut terpijak tidak mati, alu tertarung patah tiga.TakrifPerjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSemut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga.TakrifPerjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut terpijak tidak mati, alu tertarung patah tiga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAgih-agih kungkang.TakrifTerlampau murah hati atau suka memberi, hingga menderita kesusahan sendiri. kungkang = kera kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengejar (= mengejan) tuah, najis keluar.TakrifTerlampau mengharap-harapkan kemuliaan, mendapat hina sebaliknya. ejan = teran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
288 | Kill two birds with one stone | Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan. | Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau | We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there. | Kami betul-betul seperti sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Harap-harap makan dijerat, Ubi dimakan kerbau jantung; Harap saya terlampau berat, Di manakah tempat hamba bergantung.
Lihat selanjutnya... |
|