PeribahasaLeka senantiasa di lipatan sanggul; fikiran singkat akal pun tumpul.TakrifGilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana kain (= benang) putih.TakrifSenantiasa menurut perkataan orang; kanak-kanak yang masih kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMakan upas berulam racun.TakrifSenantiasa hidup dalam kesusahan. upas = racun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJiwa bergantung di hujung rambut.TakrifSenantiasa dalam kecemasan kerana nasibnya yang tidak tentu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakkan pasang selalu, di mana surut senantiasa.TakrifHidup di dunia adakalanya senang dan adakalanya susah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak akan licin katak puru, jika senantiasa berhujan sekalipun.TakrifOrang yang memang hodoh, betapa pun diberi perhiasan, namun tiada juga akan menjadi elok.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti beting dipalu ombak.TakrifKehidupan yang tidak tenteram, senantiasa diganggu orang. beting = gosong panjang di muara sungai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa.TakrifNasib manusia tidak dapat ditentukan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuda yang baik tak bercerai daripada pelananya.TakrifOrang yang rajin senantiasa disuruh orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTua-tua tupai tak tidur atas tanah.TakrifOrang tua yang senantiasa riang gembira hidupnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| senantiasa (adjektif) | Bersinonim dengan sepanjang masa, selalu, sentiasa, setiap waktu, selulus, senalu, malar, galut, so'mo, semedang, selamanya, berkelaluan, berpanjangan, berterusan, tunak, tidak henti-henti, setiap masa, sewaktu-waktu, tetap;, | |
|
|