PeribahasaBiar genting jangan putus.TakrifBiar rugi sedikit jangan rugi banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar senget jangan tertiarap.TakrifLebih baik menderita rugi sedikit daripada rugi banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSayang garam sececah, busuk kerbau seekor.TakrifKerana takut rugi sedikit, akhirnya jadi rugi banyak. sececah = sepalit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSayang rugi membeli tali timba, air setitik tak dapat.TakrifKerana takut rugi pekerjaan tidak jadi atau keuntungan tidak dapat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJerih menentang boleh, rugi menentang laba.TakrifSuka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rugi menentang laba, jerih menentang boleh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRugi menentang laba, jerih menentang boleh.TakrifSuka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jerih menentang boleh, rugi menentang laba).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSayangkan titik, tak sayangkan tumpah.TakrifSi bodoh yang kikir takut akan rugi yang sedikit, tetapi tidak kira akan rugi yang banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencencang memampas, membunuh membangun.TakrifSegala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Merebut merampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah encang memberi pampas). (Bandingkan dengan: Yang mencencang memampas). pampas = ganti rugi; membangun = denda, ganti rugi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum tahu laba rugi.TakrifBelum tahu baik buruk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaba sama dibagi, rugi sama diterjuni.TakrifPersahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek, b. Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Dari mula Melayu tak jaga, Pasal belajar ilmu meniaga; Kalau tahu rugi laba, Berat ringan kita boleh jangka.
Lihat selanjutnya... |
|