PeribahasaPelanduk di cerang rimba.TakrifDalam ketakutan; sangat gelisah. cerang = tempat yang terang (sudah ditebang atau sedikit pohon-pohonnya) di dalam rimba.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulan terang dalam rimba.TakrifOrang pandai yang memperlihatkan kepandaiannya kepada orang-orang yang tak dapat menghargai kepandaiannya itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBergurindam di tengah rimba.TakrifMenunjukkan kepandaian di depan orang yang bodoh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelukar sudah menjadi rimba.TakrifKesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPuntung sekerat, penyiar rimba.TakrifOrang yang banyak anaknya. siar = bakar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang latah.TakrifOrang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMati enau tinggal di rimba.TakrifOrang hina jika mati, tak akan disebut-sebut orang lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kijang lepas ke rimba.TakrifPulang ke tempatnya: sukar dicari.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebesar-besar gajah di rimba, dapat juga ke tangan manusia.TakrifMuslihat dapat mengalahkan kekuatan, kekayaan atau kemuliaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTersesak (= terdesak) padang ke rimba (= ke tebing).TakrifHabis akal bicara sehingga tidak ada daya upaya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Sayang di rimba tumbuhnya rotan, Tumbuh menjalar di luar kota; Siang malam jadi sebutan, Adinda seorang hanya tercinta.
Lihat selanjutnya... |
|