PeribahasaPadang perahu di lautan, padang hati di fikiran.TakrifFikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai berseru di padang pasir.TakrifSeruan yang tidak diendahkan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti berseru di tengah padang, b. Seperti memekik di tengah padang luas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti memekik di tengah padang luas.TakrifSeruan yang tidak diendahkan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berseru di padang pasir, b. Seperti berseru di tengah padang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti berseru di tengah padang.TakrifMeminta pertolongan tetapi siapa yang mengendahkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berseru di padang pasir, b. Seperti memekik di tengah padang luas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLagak Padang, omong Betawi.TakrifCakap besar, tetapi tiada berisi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLain padang lain belalang.TakrifAdat negeri selalu berlain-lainan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain lubuk, lain ikannya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda padang, ada belalangnya.TakrifAda negeri tentulah ada rakyatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada air, adalah ikan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTersesak (= terdesak) padang ke rimba (= ke tebing).TakrifHabis akal bicara sehingga tidak ada daya upaya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang menanti padang tak berumput, yang mendatang kurus kedut-kedut.TakrifOrang yang lapar meminta pertolongan kepada orang yang melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi padang orang berlari-lari; di padang sendiri berjengket-jengket.TakrifOrang yang hanya suka makan atau menerima hak orang lain, tetapi hak sendiri disimpan atau disembunyikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
332 | Look before you leap | Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru). | Padang perahu di lautan, padang hati di fikiran | I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one. | Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi padang perahu di lautan, padang hati di fikiran . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
116 | So many countries, so many customs | Lain negeri, lain pula cara, peraturan dan adat resam. | Lain padang, lain belalang. | So many countries, so many customs. What is considered a friendly gesture in one country may be seen as impudent in a another. So, be careful. | Lain padang, lain belalang. Sesuatu yang dianggap sebagai tanda persahabatan di sebuah negara mungkin dianggap biadap di negara lain. Jadi, berhati-hatilah. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Rumput padang tumbuh di padang, Sayang keduduk tidak berbunga; Asal dagang pulang ke dagang, Kalau duduk tidak berguna.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 116 So many countries, so many customs Lain negeri, lain pula cara, peraturan dan adat resam. Lain padang, lain belalang. So many countries, so many customs. What is considered a friendly gesture in one country may be seen as impudent in a another. So, be careful. Lain padang, lain belalang. Sesuatu yang dianggap sebagai tanda persahabatan di sebuah negara mungkin dianggap biadap di negara lain. Jadi, berhati-hatilah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|