PeribahasaBelakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.TakrifBiar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLekuk batu dititik air selalu.TakrifBiar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPunggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga.TakrifBiar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Lekuk batu dititik air selalu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang yang puru gatal tubuhnya, nescaya menggaru juga kerjanya.TakrifSesuatu perbuatan yang jahat itu lambat-laun akan ternampak juga kepada orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.TakrifOrang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHati yang suka peringan beban.TakrifSemua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Hati yang ringan meringankan beban yang berat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerhakim kepada beruk.TakrifMinta pertimbangan (keadilan dan sebagainya) kepada orang yang tamak, nescaya akan merugi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan menghulurkan hulu keris ke tangan orang.TakrifJangan menyerahkan kuasa kapada orang, nescaya kita dibinasakannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHati yang ringan meringankan beban yang berat.TakrifSemua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIntan salah serudinya.TakrifBiarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. serudi = canai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
589 | Once a thief, always a thief | Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya. | Anjing itu meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis | Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''. | Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Anjing itu meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis ''. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
294 | Every land has its own laws | Setiap tempat, ada adat dan peraturan dan kita harus menghormatinya. | Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. | Every land has its own laws. When you stay in that place you must observe and respect its customs, no matter how strange they are. Surely, the people there ini turn will respect you. | Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Apabila awak tinggal di tempat itu, awak perlulah mematuhi dan menghormati adat resamnya betapapun pelik adat resam itu. Nescaya, orang di situ akan menghormati awak. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Peribahasa |
---|
| 294 Every land has its own laws Setiap tempat, ada adat dan peraturan dan kita harus menghormatinya. Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Every land has its own laws. When you stay in that place you must observe and respect its customs, no matter how strange they are. Surely, the people there ini turn will respect you. Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Apabila awak tinggal di tempat itu, awak perlulah mematuhi dan menghormati adat resamnya betapapun pelik adat resam itu. Nescaya, orang di situ akan menghormati awak. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|