PeribahasaMujur sepanjang hari, malang sekejap mata.TakrifMalang yang tak dapat dielakkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMujur Pak Belalang.TakrifBeruntung secara kebetulan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHulu mujur pandai bertengkar, hulu baik pandai memakai.TakrifOrang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan, selalu selamat dan disukai orang. hulu mujur = pangkat untung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMujur tiada berbunyi, malang tiada berbau.TakrifNasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMalang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih.TakrifNasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai tanah pelempar balam; kalau mujur tiba di balam, kalau tidak surut ke tanah.TakrifUsaha yang tidak bersungguh-sungguh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulang sali kacak sama, tinggal lagi mujur malang.TakrifSama kuat sama teguh dalam pertandingan, alah menang bergantung pada nasib saja. sali = teguh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| mujur (kata tugas) | Bersinonim dengan nasib baik, untung, bintang cerah, langkah kanan, mendapat rezeki, mendapat laba,
mendapat habuan, asian, mendingan, menyaruk;, | |
|
Puisi |
---|
|
Menari bangun menepung, Makan tepung bibir rasa; Nyaris abang mati terkepung, Mujur ada sepintu dua.
Lihat selanjutnya... |
|