Kata |
Takrif |
Sumber |
menyerlah | 1. kelihatan nyata (kerana tidak dilindungi apa-apa dll), kelihatan ber-cahaya atau berseri (bulan, muka perempuan, dll): di kala langit itu cerah, bintang nampak-nya ~; 2. (kelihatan) terkemuka, (kelihatan) menonjol: di samping beberapa nama, Baharuddin Zainal ialah penulis esei yg ~ bakatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serlah | ; menyerlah 1. kelihatan nyata (kerana tidak dilindungi apa-apa dll), kelihatan ber-cahaya atau berseri (bulan, muka perempuan, dll): di kala langit itu cerah, bintang nampak-nya ~; 2. (kelihatan) terkemuka, (kelihatan) menonjol: di samping beberapa nama, Baharuddin Zainal ialah penulis esei yg ~ bakatnya; menyerlahkan 1. menjadikan terserlah, menjadikan terang bercahaya (berseri dsb): setiap satunya merupakan cantuman berlian-berlian bermutu yg ~ cahaya dan kilauan dgn sepenuhnya; 2. mengemukakan (dgn nyatanya), menonjolkan: tulisan-tulisan Muhammad Haji Salleh, walaupun tidak banyak tetapi cukup utk ~ pandangan tentang nilai estetika Sastera Melayu; terserlah menyerlah; keterserlahan perihal (keadaan) terserlah; serlahan sesuatu yg menyerlah (terserlah); penyerlahan perihal (usaha, proses, dsb) menyerlahkan sesuatu, penonjolan: amanat yg mengarah kpd ~ permasalahan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bintang | 1 cakerawala yg panas pijar (umumnya tetap kedudukannya) dan kelihatan bercahaya atau berkerdip di langit pd waktu malam: Malam itu gelap pekat, sebiji ~ pun tidak kelihatan. 2 lukisan dsb yg berbentuk seakan-akan ikan tapak sulaiman: Di hadapan rumahnya, terkibar bendera bulan ~. 3 gugusan bintang sebanyak dua belas yg dipercayai mempengaruhi untung nasib seseorang; rasi: ~ mayang; ~ kala. 4 untung nasib seseorang: ~nya semakin cerah nasibnya makin beruntung. 5 tanda jasa kebaktian yg dianugerahkan oleh pembesar-pembesar negara: Baru-baru ini, dia telah dikurniai ~ PMN. 6 orang yg terkenal sbg pelakon filem dsb: ~ filem pelakon filem: ~ radio penyanyi yg terkenal di radio. ~ siarah cakerawala yg beredar mengelilingi bumi; planet. berbintang 1 ada bintangnya: Langit tidak ~. 2 mempunyai rasi; di bawah bintang: Saya ~ Aries. berbintang-bintang 1 banyak bintang yg kelihatan (di langit). 2 berkunang-kunang atau berpinar-pinar penglihatan seseorang: Selepas kepalanya terhantuk pd dinding, matanya ~ dan kepalanya pening. 3 berlubang-lubang pd dinding dsb sehingga cahaya dpt masuk. membintangi mengambil bahagian dlm filem dsb: Beliau telah ~ filem itu sbg orang jahat. perbintangan 1 ilmu ttg bintang; astronomi. 2 ilmu ramalan berdasarkan bintang; astrologi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terang | 1. keadaan (cahaya atau sinar) yg menyebabkan sesuatu atau keadaan sekilas boleh dilihat: tidak akan sama ~ lampu dgn ~ matahari; 2. tidak gelap (bkn tempat, keadaan sekitar, cahaya, dsb), tidak kelam, tidak muram, tidak suram, cerah: jangka suhu doktor bolehlah dikeluarkan dr mulut dan dilihat di tempat ~; 3. siang (hari), lwn malam: setelah hari ~, mereka pun berangkat meneruskan perjalanan mereka; 4. bersih kerana (sudah) ditebasi atau ditebangi (kawasan semak samun dll): pagi esoknya pergilah pula mereka ke dlm hutan, tiba-tiba didapati mereka tempat itu ~ lawas; 5. tidak diselaputi awan (langit), bersih, jernih (langit, udara): malam itu nyaman sekali, angin mendesir perlahan-lahan, langit pun ~, bintang-bintang berkerlipan; 6. tidak terlindung sedikit pun (pemandangan), nyata (pandangan, pendengaran, pelihatan), jelas: pd waktu malam terdengar juga bunyi ledakan meriam, kadang-kadang bunyi itu jelas dan ~; 7. tidak kabur (pelihatan, pandangan), jelas: monyet dan manusia ialah binatang yg besar sekali otaknya dan yg ~ sekali pelihatannya; 8. tidak dapat diragukan atau disangsikan lagi, sudah terbukti (kebenarannya dll), sudah ketahuan, sudah nyata (benar): sudah ~ sekarang siapa yg benar dan siapa yg bersalah; 9. jelas (kata-katanya, maksudnya, dll), nyata (benar): ceramah pendek yg diberikan oleh Amran pagi itu sangat ~ dan bernas; sebutan bahasanya ~ dan tepat; ~ akal tajam akal, cerdik, pandai; ~-benderang terang sekali; ~ bulan a) cahaya drpd bulan (pd waktu malam); b) = ~ hari Mn = bulan ~ tidak gelap pd malam hari kerana ada bulan; ~ cuaca cuaca yg baik (tidak redup atau mendung); ~ hati = ~ fikiran mudah mengerti (belajar); ~ tanah pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan (lebih kurang pukul 5.306.00 pagi); ~-temaram (-temarang) terang sekali, terang-benderang; ~ terbang lalat pagi hari (lebih kurang pukul 6.006.30 pagi); ~ terus dapat dilalui cahaya, bening (kaca dll); terang-terang tidak berselindung (terlindung) lagi, nyata (jelas) sekali, ketara (sesuatu perbuatan): bukan sedikit pula orang kam-pung itu yg ~ hendak mengambil Zainal menjadi menantu mereka; ~ gelap = ~ laras agak terang sedikit (hari) tetapi belum terang betul; ~ kain Mn a) belum terang betul; b) belum mengerti benar; terang-terangan berterang-terang: kalau mereka cuba mengganggu hamba dgn ~, hamba tahu pula membalasnya; berterang-terang, berterang-terangan tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu), (berbuat sesuatu) dgn terus terang: tidak seorang juga yg berani menunjukkan ke-marahan mereka ~ ; menerang menjadi terang; menerangi 1. memberi terang kpd (bkn lampu, pelita, bulan, dll), menyuluhi: lampu minyak itu ~ biliknya; 2. ki memberi terang pd hati (fikiran, perkara, dll), menunjuki: Tuhan akan ~ hati segala manusia; 3. membersihkan kawasan (drpd semak samun dll), menyiangi: pd suatu masa nanti, bahagian-bahagian itu akan diterangi utk kegunaan pertanian; 4. Mn mencari keterangan (bukti dll) supaya jelas, menentui: beliau datang cuma utk ~ perkara itu sahaja; menerangkan 1. menjadikan terang (pelihatan, pendengaran, dll): puas sudah ia berubat ke sana ke mari utk ~ matanya yg kabur, tetapi tidak juga berjaya; 2. menjadikan terang, menghuraikan (menceritakan dll) supaya terang, memberi keterangan, menjelaskan: Ramlan cuba ~ kemusykilan neneknya; 3. memberitahu tentang sesuatu (supaya dike-tahui seseorang atau orang ramai), memak-lumkan, menyatakan: PM telah ~ mengapa perubahan-perubahan kerajaan yg berlaku di Afrika tidak berlaku di Malaysia; 4. menentukan (apa yg patut dilakukan dll), menetapkan, menegaskan: peraturan undang-undang itu ~ bagaimana orang ramai patut menghantar butir-butir atau kira-kira pendapatannya; 5. menunjukkan (menanda-kan, membuktikan) bahawa: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah; keterangan 1. huraian utk menerangkan sesuatu, penjelasan: semua ~ guru itu didengar oleh Nurshahid dgn tenang; 2. hal yg menjadikan sesuatu perkara dll terang atau jelas, alasan, bukti, tanda: dlm tempoh yg ada pd kami, telah kami usahakan sedaya upaya utk mendapatkan ~ yg difikirkan perlu; 3. Id kata atau kelompok kata yg menerangkan kata yg lain; penerangan 1. alat dll yg digunakan utk menerangi (lampu dll); 2. perihal menerangi atau menerangkan, perbuatan memberi terang kpd (lampu dll); 3. perihal menerangkan (menjelaskan), penjelasan: ~nya padat, alasan-alasannya jitu bilamana memperkatakan soal politik; 4. pekerjaan (jawatan dll) yg memberi penjelasan dll: Pak Wir dianggap tenaga ahli yg masih sangat diperlukan dlm bidang ~; penerang sesuatu yg menerangi (menerangkan); ~ hati jampi dll yg menerangi hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bintang | 1. cakerawala yg panas pijar (umumnya tetap kedudukannya) dan kelihatan bercahaya atau berkerdip di langit pd waktu malam: Malam itu gelap pekat, sebiji ~ pun tidak kelihatan. 2. lukisan dsb yg berbentuk seakan-akan ikan tapak sulaiman: Di hadapan rumahnya, terkibar bendera bulan ~. 3. gugusan bintang sebanyak dua belas yg dipercayai mempengaruhi untung nasib seseorang; rasi: ~ mayang; ~ kala. 4. untung nasib seseorang: ~nya semakin cerah nasibnya makin beruntung. 5. tanda jasa kebaktian yg dianugerahkan oleh pembesar-pembesar negara: Baru-baru ini, dia telah dikurniai ~ P.M.N. 6. orang yg terkenal sbg pelakon filem dsb: ~ filem pelakon filem: ~ radio penyanyi yg terkenal di radio. ~ siarah cakerawala yg beredar mengelilingi bumi; planet. berbintang 1. ada bintangnya: Langit tidak ~. 2. mempunyai rasi; di bawah bintang: Saya ~ Aries. berbintang-bintang 1. banyak bintang yg kelihatan (di langit). 2. berkunang-kunang atau berpinar-pinar penglihatan seseorang: Selepas kepalanya terhantuk pd dinding, matanya ~ dan kepalanya pening. 3. berlubang-lubang pd dinding dsb sehingga cahaya dpt masuk. membintangi mengambil bahagian dlm filem dsb:Beliau telah ~ filem itu sbg orang jahat. perbintangan 1. ilmu ttg bintang; astronomi. 2. ilmu ramalan berdasarkan bintang; astrologi. | Kamus Pelajar |
kusam | pudar (tidak berkilat atau bercahaya), tidak berseri-seri (muka), suram, muram: semua bintang itu ~ dan kumal; perempuan muda itu pun tersenyum dan warna mukanya yg ~ itu jadi berseri-seri pula; pucat ~ pucat lesi, sangat pucat; kekusaman keadaan (rupa dsb) yg tidak cerah (berseri-seri dsb), kepudaran, kesuraman: cat yg dulu bercahaya kini penuh ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seri I | 1. cahaya semarak: nila gunanya utk menghilangkan warna perang pd kain putih dan menambah ~ pd warna biru; 2. ke-muliaan, keindahan, kemegahan: Rafeah itu ~ segala perempuan di situ; ~ balai sl balai penghadapan (tempat raja dihadapi rakyat); ~ gadus sj kuih pipih dan bulat yg diperbuat drpd tepung gandum; ~ gunung kelihatan cantik (elok, bagus); ~ kaya sj makanan (drpd telur, gula, santan, dan tepung) yg biasanya dimakan dgn roti; ~ muka a) air (cahaya) muka; b) = berseri muka kelihatan bercahaya mukanya (kerana kegirang-an dll); c) sj penganan drpd pulut berlapis dgn seri kaya; ~ panggung orang bintang bangsa-wan (sandiwara dll); berseri 1. bercahaya, bersemarak; 2. kelihatan cantik, berupa mulia (megah dll): maka negeri Melaka pun tiada ~ lagi; 3. = berseri-seri kelihatan bercahaya mukanya dll (kerana kegirangan, keriangan, dll): dgn wajah yg ~-seri, dibukalah surat itu dan dibacanya; menyerikan menjadikan berseri, menyinarkan, menyemarakkan (majlis dll): majlis itu diserikan dgn pencak silat; pohon rendang yg sedang diserikan oleh bunga yg memerah cerah; keserian keadaan yg (ber)seri: ~ pakaian baginda terserlah dgn selendang kuning yg dipakainya; penyeri seseorang atau sesuatu yg menyeri-kan: anak-anak itulah yg menjadi ~ rumah tangga mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tapak I | 1. bidang kaki (kasut, tangan) sebelah bawah, telapak; 2. = ~ kaki bekas kaki, jejak kaki; 3. langkah: belum lagi beberapa ~ kami berjalan aku nampak cahaya lampu suluh dr belakang; 4. bahagian sebelah bawah dr sesuatu, dasar: ~ piramid; 5. ki asas (dasar atau tempat) melakukan atau memulakan sesuatu;~ ani bahagian alat tenun yg dihubungkan oleh belebas; ~ bangunan tanah tempat membina bangunan; ~ besi ladam pd kuku kuda (kasut dll); ~ binaan tempat akan didirikan bangunan dsb; ~ cangkir alas cangkir; ~ catur petak-petak pd papan catur; ~ cindai corak selirat yg cerah (pd kain); ~ itik Kd roda besi pd traktor membajak sawah yg menghasilkan corak spt tapak itik apabila digunakan utk membajak sawah; ~ jalak tanda palang yg hujungnya bercabang; ~ kadam bekas pijakan kaki; ~ kaki a) telapak kaki; b) bekas pijakan kaki; ~ kasut alas kasut; ~ kedidi sj corak membubuh papan utk dinding rumah; ~ kek bangku tempat duduk (pd alat tenun): ~ kuku telapak kaki kuda; ~ lawang cembul pd buah manggis; ~ rata Id telapak kaki yg tidak lekuk-lekuk; ~ rumah tanah tempat mendirikan rumah; ~ semaian tempat menyemai benih atau menanam anak pokok; ~ sulaiman gambar bintang yg bersegi enam; ~ tangan a) telapak tangan; b) Id tandatangan; ~ tukul kesan melakukan sesuatu; tengah ~ bayang tengah hari benar (ketika matahari tepat di atas kepala); tiga ~ bayang-bayang waktu ketika bayang-bayang tiga telapak tangan panjangnya;cium ~ tangan, berbaukah atau tidak prb lihat diri sendiri, terlebih dahulu sebelum mencela orang lain; kecil ~ tangan nyiru saya tadahkan prb menyatakan sangat berterima kasih atas nasihat atau pertolongan orang;setapak 1. sebesar tapak tangan; 2. sepanjang tapak kaki: alamat akan jauh lakinya yg selama ini belum pernah bercerai dgn dia barang ~ jua; 3. ki selangkah: ~ demi ~ dia undur; ~ jangan lalu, ~ jangan surut prb tetap pendiriannya, tidak berkocak hati atau iman ketika menghadapi sesuatu kejadian;tapak-tapak sj lapik (alas kaki), sandal, selipar, capal;bertapak 1. mempunyai tapak, ada tapaknya: kon yg ~ bulat; 2. berjejak, berpijak, melangkah: seolah-olah kakinya tidak ~; ~ maju melangkah maju; 3. mendapat tempat utk melakukan sesuatu dll: Datuk Bendahara tidak suka Kompeni ~ di negeri kita; 4. bermula (melangkah dsb) drpd sesuatu pangkalan (dasar, asas, dsb), menjadikan sesuatu asas (dasar dsb) utk melakukan sesuatu (kegiatan, usaha, dsb); 5. = bertapakkan mendapatkan sokongan dr: pemerintahan yg ~ kehendak rakyat; 6. Ml teguh dan kuat kedudukannya (kaya, bangsawan, dll): Kamal dan keluarganya itu orang ~; menapak 1. memijakkan kaki pd, mengenakan kaki pd: kakinya ~ tanah; 2. mengukur dgn tapak (kaki atau tangan); 3. melangkah: dgn langkah yg tidak bermaya ia pun ~lah ke kamar datuk; 4. mengikut jejak (binatang dll); 5. berjalan kaki: dia terpaksa ~ ke surau kerana basikalnya rosak; menapaki menyelidiki, mengusuti; ketapakan = ~ balai = tapakan sl tempat kehormatan di balai penghadapan: bentara seramai empat puluh orang berdiri di ~ balai di saat orang menghadap dan menjunjung duli; pertapakan 1. pelan yg menunjukkan susunan bahagian-bahagian drpd sesuatu; 2. asas kedudukan, tempat bertapak (utk melakukan sesuatu dsb): sementara itu kaum bukan Melayu masing-masing pula amat kukuh ~ masing-masing dlm ekonomi pasaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
ascender | n (astrol) bintang; in the ~, a. supreme, dominant, menjadi semakin penting dan berpengaruh: ideas that are now in the ~, idea-idea yg kini menjadi semakin penting dan berpengaruh; those who are against social reforms appear to be in the ~, orang-orang yg menentang pembaharuan sosial nampaknya menjadi semakin penting dan berpengaruh; b. (pop.) rising, menjadi semakin cerah, sedang meningkat naik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
biteang I | bintang; 1 salah satu cakerawala yg kelihatan berkelip-kelip di langit pd waktu malam: jakak malem jerenih idak ~ keluwer pd waktu malam yg cerah banyak bintang terbit; 2 rasi: ~ selengatip bintang kala; 3 pingat, tanda kebesaran atau jasa: ~ paut kereja | Melanau Mukah | |
Kamus Parsi.indb تسرپ باتفآ )āftābī( ىباتفآ )āfarīdan( نديرفآ )āfarīn( نيرفآ )āghā( اقآ )āgāh( هاگآ )āgahī( ىهگآ )ālbūm( موبلآ )āmāde( هدامآ )āmāde kardan( ندرک هدامآ panik berkenalan dengan kenalan permulaan bermula matahari bengkarung cerah cipta bagus encik, tuan insaf, sedar pengumuman album siap, sedia menyediakan panic to be acquainted with acquaintance beginning to begin sun skink sunny to create bravo Mr, sir aware announcement لپ )pelle( ه ّ ـلپ )polīs( سيلپ )panbe( هبنپ )panj( جنپ )panjāh( هاجنپ )panjere( هرجنپ )Panjshanbe( هبنشجنپ )panjom( مجنپ )panke( هکنپ )penhān( ناهنپ )panīr( رينپ titi, jambatan kelopak mata harimau bintang nasi jejantas anak tangga polis kapas lima lima puluh tingkap Khamis kelima kipas tersembunyi keju bridge eyelid leopard cooked rice overhead bridge step police cotton five fifty window Thursday fifth
|
Kamus Sains.indb dikenali sebagai komponen bertenaga atau komponen aktif. (KEJ) active force (daya tindakan) Daya luar yang bertindak pada jasad dan berkebolehan melakukan kerja apa- bila jasad mengalami sesaran. (FIZ) active star (bintang aktif) Topologi rangkaian perhubungan data yang mempunyai tatasambung yang terdiri daripada nod luar yang bersambung pada nod pusat dalam bentuk bin- tang, dengan nod pusat bertugas sebagai penyambung rangkaian dan feropru- siat. Lukisan ini mempunyai garis putih dan berlatar belakang biru. (KEJ) blue stain (cacat warna biru) Cacat pewarna gubal oleh kulat pewarna biru yang menyerang bahagian gubal kayu yang cerah seperti gubal kayu jelutung, pulai dan kayu getah. Cacat ini menurunkan mutu kayu tetapi tidak mengurangkan kekuatannya. (HUT) blurr circle (bulatan kabur) Tompokan cahaya yang terhasil di atas sebuah layar
|
Kamus Thai 2.indb เครื่ องเพชร ถูกไอ ้ โจรระยำคนนั ้ นขโมยไปหมด Barang- barang kemas habis dicuri oleh pencuri bangsat itu. ระยิบระยับ [rayiprayap] ว ber kerlipan, berkerdipan: ดวงดาวระยิบระยับ อยู ่ บนท ้ องฟ ้ า Bintang-bintang berkerli- pan di langit. = ระย ั บ ระรัว [rarua] ว bergetar: ซอบรีตอบ ด ้ วยเสียงระรัว Sabri menjawab dengan suara yang bergetar. ระลึก [ralk] ก mengingati: นักเรียน ทั ้ งหลายต ่
|
Kamus Thai 2.indb จุลทรรศน ์ [culatat] น mikroskop จุลินทรีย ์ [culinsi:] น mikroorga nisma, mikrob จุลสาร [cunlasa:n] น risalah, buletin: สมาคมประมงปัตตานีออกจุลสารรายเดือน Per satuan Perikanan Pattani menerbitkan risalah bulanan. จุฬา [cula:] น wau bintang จุฬาราชมนตรี [cula:ra:t camon- tri:] น Syeikh al-Islam: ฮัจญีซำซุดดีน พรมยงค ์ เป็นจุฬาราชมนตรีสมัยรัฐบาลนายปรีดี Haji Shamsuddin Promyong menjadi Syeikh al-Islam pada zaman Kerajaan Preedee. จู [cu:] น anjing pekinese ประธานได ้ เล ่ าเหตุการณ ์ ที่ เกิดขึ้ นอย ่ างแจ ่ มแจ ้ ง Tuan pengerusi telah menceritakan kejadian yang berlaku itu dengan jelas. แจ ่ มใส [-sai] ว cerah: ท ้ องฟ ้ าในวันนี้ แจ ่ มใส มาก Hari ini langit cerah sungguh. แจว [cε:w] น 1 dayung ก 2 mendayung: ชาวประมงคนนั้ นแจวเรือจนถึงริมฝั่ ง Nelayan itu mendayung |
Kamus Thai 2.indb lucah dari sebuah kedai. โปน [po:n] ว tersembul, terjojol: ปลาบู ่ ตา โปนออกมา Mata ikan hantu tersembul. โปรแกรม [pro:krε:m] น program โปร ่ ง [pro:] ว cerah: วันนี้ ท ้ องฟ ้ าโปร ่ ง เพราะไม ่ มีเมฆ Hari ini langit cerah tanpa awan. โปร ่ งแสง [-sε:] ว lut cahaya โปร ่ งใส [-sai] ว 1 (วัตถุ) lut sinar 2 (พฤติกรรม) telus, jelas โปรด 1 [pro:t] ก 1 menggemari
|
Kamus Thai 2.indb perlahan-lah- an: พูดค ่ อย ๆ bercakap perlahan-lahan 3 beransur-ansur, beransur: ท ้ องฟ ้ าค ่ อย ๆ สว ่ างข ึ้ น Langit beransur-ansur cerah. 4 berhati-hati: เขาค ่ อย ๆ วางเด็กลงบนเตียง Dia meletakkan bayi di atas katil de ngan berhati-hati. ค ่ อย 2 [k:y] สัน barulah: ทำงานให ้ เสร็จ ก Anda boleh mempelajari cara me- masang almari ini dengan merujuk kepada buku panduan ini. คู ่ รัก [-rak] น kekasih: บรรดาดาราต ่ างพาคู ่ ร ั ก ของตนมาในงานมหกรรมภาพยนตร ์ Para bintang filem membawa kekasih ma sing-masing ke festival filem itu. คู ่ หมั้น [-man] น tunang: ลูกสาวของเขา เป็นคู ่ หม ั ้นลูกชายคนโตของนายกเทศมนตรี Anak perempuannya menjadi tunang kepada anak sulung datuk |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bintang cerah |
|
Puisi |
---|
|
Sesudah malam bulan cerah, Bintang jua tumpang berada; Jangan adik duk ambil susah, Abang ada di depan mata.
Lihat selanjutnya... |
|