PeribahasaBukannya diam penggali berkarat, melainkan diam ubi berisi.TakrifDiam yang ada gunanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBukan mati kerana Allah, melainkan kerana olah.TakrifMendapat kecelakaan kerana banyak tingkah atau akalnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam terlepas, tangan tercirit.TakrifKejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam terlepas, tangan bau tahi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertambah semakin kurang.TakrifTentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLecah di kaki.TakrifSeorang lelaki yang kahwin tanpa ada tanggungjawab, melainkan sebagai orang menumpang saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUpah lalu, bandar tak masuk.TakrifTidak mendatangkan hasil sedikit juga, melainkan kerugian semata-mata.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam terlepas, tangan bau tahi.TakrifKejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak tentu kalang tumpuan, tidak tentu kalang batang.TakrifOrang yang sedang marah, tidak membezakan orang, melainkan semua dimarahinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAkal tak sekali datang, runding (= fikiran) tak sekali tiba.TakrifSegala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|