PeribahasaHendak sombong berbini banyak, hendak megah berlawan lebih.TakrifKerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dalam kesukaran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerketak dulu sebelum bertelur.TakrifBersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKain rabak tegal dek lenggang awak, baju rabik tegal dek lenggok awak, kopiah pesuk tegal dek lonjak awak.TakrifOrang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| megah (adjektif) | Bersinonim dengan bangga, besar hati, ranggi, perasan, riak, ujub;, | | Kata Terbitan : bermegah, bermegah-megah, memegahkan, kemegahan, |
|
|