PeribahasaMati-mati mandi biar basah.TakrifBerbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati berminyak biar licin).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAlang-alang berminyak, biar licin.TakrifBerbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Mati-mati berdakwat biar hitam, c. Mati-mati berminyak biar licin, d. Mati-mati mandi biar basah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepala-pala mandi, biarlah basah.TakrifBerbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-lang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati berminyak biar licin, e. Mati-mati mandi biar basah). sepala-pala = jika hendak atau terpaksa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMati-mati berminyak biar licin.TakrifBerbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMati-mati berdakwat biar hitam.TakrifBerbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengebat erat-erat, membuhul mati-mati.TakrifPerjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggenggam erat, membuhul mati).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggenggam erat, membuhul mati.TakrifPerjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDimakan mati emak, diluahkan mati bapa.TakrifMenghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa.TakrifMenghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma.TakrifMati di tempat yang mulia kerana membuat kebaikan lebih baik daripada mati di tempat yang hina kerana membuat kejahatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kutu mati di atas kepala, tuma mati di tepi kain).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Anak yu mati terlentang, Mati ditikam duri semilang; Pilu hati bukan kepalang, Gunung tinggi menjadi padang.
Lihat selanjutnya... |
|