PeribahasaBagai limau masam sebelah.TakrifHukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasam bagai nikah tak suka.TakrifBerdukacita. masam = merengus, bersut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam.TakrifKetika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam.TakrifKetika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLewat di manis, masam; lewat di harum, busuk.TakrifHilang yang baik, timbul yang jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMinum cuka pagi hari.TakrifBermuka masam sepanjang hari.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai perahu karam sebelah.TakrifHukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBak ajung berat sebelah.TakrifHukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai limau masam sebelah, b. Bagai perahu karam sebelah). ajung = jung, sebangsa kapal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Celagi manis celagi masam, Buah kelapa atas pintu; Sekali manis sekali masam, Zaman sekarang tidak begitu.
Lihat selanjutnya... |
|