PeribahasaManusia tertarik oleh tanah airnya, anjing tertarik oleh piringnya.TakrifOrang yang berakal jauh pandangannya, orang yang bodoh hanya kepentingan dirinya sajalah yang diperlukan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPulai berpangkat naik, manusia berpangkat turun.TakrifManusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenghela lembu dengan talinya, menghela manusia dengan akalnya.TakrifManusia harus diperlakukan dengan lemah-lembut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang memegang kerbau pada talinya, memegang manusia pada katanya.TakrifManusia dihormati kerana kejujurannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerapalah besar dan dalam laut Kalzum, besar dan dalam lagilah dada manusia.TakrifHati manusia tak dapat diduga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerbau sekandang dapat digembalakan, manusia seorang tiada terjaga.TakrifKerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi.TakrifSangatlah sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang berlainan pendapatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau sekandang dapat digembalakan, manusia seorang tiada terjaga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDada manusia tidak dapat diselam.TakrifPengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaManusia punya asa, Tuhan punya kuasa.TakrifManusia hanya boleh berharap, tetapi Tuhan berkuasa berbuat sesuatu yang dikehendakinya. asa = harapan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaManusia tahan kias, binatang tahan palu.TakrifMengajar manusia dengan sindiran, mengajar binatang dengan pukulan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Anak India membawa madat, Dari Kedah langsung ke Bali; Hidup manusia biar beradat, Bahasa tidak berjual-beli.
Lihat selanjutnya... |
|