PeribahasaMalu, kalau (= jikalau) anak harimau menjadi anak kambing.TakrifTidak patut anak orang baik-baik menjadi bodoh; atau anak orang berani menjadi penakut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMalu berani, mati takut.TakrifPengecut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMalu bertanya sesat di jalan, malu berdayung (= berkayuh) perahu hanyut.TakrifKalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Segan bergalah, hanyut serantau, b. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut, c. Segan bertanya sesat jalan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMalu makan, perut lapar.TakrifKalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSegan (= malu) berkayuh, perahu hanyut.TakrifKalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSegan bergalah, hanyut serantau.TakrifKalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Malu makan, perut lapar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSegan bertanya sesat jalan.TakrifKalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau, c. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTamak hilang malu, loba dapat kebiasaan.TakrifPerolehan yang tidak mencukupi menyebabkan berbuat kerja-kerja yang terhina.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSuku tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih.TakrifKerukunan hidup orang-orang yang sekaum ialah yang seia-sekata, sehina-semalu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBersesak berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu.TakrifBerpura-pura melawan, meskipun kesanggupan sudah tidak ada lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| malu (adjektif) | Bersinonim dengan segan, aib, silu, bera, canggung, janggal, segok, meleng, kanyor, wirang;, | | Kata Terbitan : malu-malu, memalukan, termalu-malu, kemaluan, pemalu, |
|
Puisi |
---|
|
Begini baju begitu baju, Air dipotong sayup sekali; Begini malu begitu malu, Baik dilangsung sama sekali.
Lihat selanjutnya... |
|