PeribahasaMahal imam murahlah kitab; mahal demam murah sakit.TakrifSungguhpun orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSemahal-mahal gading, kalau patah tiada berharga.TakrifBetapa pun tinggi kemuliaan seseorang itu kalau sekali telah berbuat jahat akan turunlah derajatnya (darjatnya), tak dipedulikan orang lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMahal dibeli sukar dicari.TakrifSesuatu yang amat susah diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta.TakrifSesuatu yang amat susah diperoleh. (Perbezaan lain yang sama makna: Mahal dibeli sukar dicari).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMurah di mulut, mahal di timbangan.TakrifBanyak janji, sedikit saja yang ditepati; mudah menyebut, tetapi sukar mengerjakannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenengah tulang punggung (= bubungan).TakrifMahal tidak, murah pun tidak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti pacat melompat.TakrifMembungakan wang dengan bunga yang mahal. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti lintah menghisap darah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTercocok hidung.TakrifMembeli barang yang buruk dengan harga mahal; tertipu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAlah membeli, menang memakai.TakrifBarang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHitam-hitam bendi, putih-putih sadah.TakrifYang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. bendi = kereta kuda; sadah = kapur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Bukanlah mahal harga perabot, Tidak ternilai tinggi harganya; Harta orang jangan direbut, Kalau direbut buruk padahnya.
Lihat selanjutnya... |
|