PeribahasaLemah-lembut lintah, melekat payah lucut.TakrifOrang yang lemah-lembut lakunya tetapi susah hendak melepaskan sesuatu yang telah diperolehnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemah-lembut santan berlada.TakrifPerkataan yang lemak manis tetapi berisi sindiran yang pedas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLenggang patah sembilan.TakrifGaya langkah yang lemah-lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Lenggang lenggok bagai cupak hanyut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMulut manis mematahkan tulang.TakrifPerkataan yang lemah lembut dapat menundukkan hati yang keras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti bangsi buluh perindu.TakrifSuara yang lemah lembut dan merdu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLunak gigi daripada lidah.TakrifMerendahkan diri; bersikap lemah-lembut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLenggang lenggok bagai cupak hanyut.TakrifGaya langkah yang lemah-lembut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang tajam tumpul, yang bisa tawar.TakrifDengan perkataan yang lemah lembut dapat diselesaikan segala sengketa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCik puan melangkah ular tak lepas.TakrifGerak-geri perempuan yang lemah lembut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHanya air dingin yang dapat memadamkan api.TakrifKata-kata yang lemah-lembut saja yang dapat mendinginkan hati yang sedang marah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
420 | Nature passes nurture | Sifat semula jadi atau sifat yang diwarisi tidak dapat diubah walaupun diasuh. | Umpama ayam menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga. | We did everything we could so that our adopted daughter would grow into a graceful young lady, but nature passes nurture. She still prefers to dress like a boy and involves in extreme sports. | Kami melakukan segala-galanya yang termampu supaya anak anagkat kami membesar menjadi gadis yang lemah lembut, tetapi umpama ayam menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga. Dia masih juga suka berpakaian seperti lelaki dan bergiat dalam sukan lasak. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| lemah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan lesu: longlai, lengai, kelesa, lembam, tidak bertenaga, tidak bermaya, tidak berdaya,
tidak berkuasa, Berantonim dengan cergas
2. Bersinonim dengan lembam: lempam, lambat, lembap, Berantonim dengan cerdas
| Kata Terbitan : melemahkan, kelemahan, |
|
Puisi |
---|
|
Lemah lembut pandan berduri, Putus tali kain cadar; Lemah lembut membawa diri, Pandai hati siapa menanggar.
Lihat selanjutnya... |
|