PeribahasaLemah (= lunak) tersudu, keras tak tertakik.TakrifOrang yang teguh pendiriannya. takik = toreh pada kayu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemah melapis condong menopang.TakrifTolong-menolong satu sama lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemah-lembut santan berlada.TakrifPerkataan yang lemak manis tetapi berisi sindiran yang pedas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesi lemah tak patah.TakrifPada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat.TakrifPada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besi lemah tak patah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCondong ditumpil, lemah dianduh.TakrifMemberi pertolongan (kewangan, fikiran dan sebagainya) kepada orang-orang yang di dalam kesusahan. ditumpil = ditunjang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemah-lembut lintah, melekat payah lucut.TakrifOrang yang lemah-lembut lakunya tetapi susah hendak melepaskan sesuatu yang telah diperolehnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLunak disudu, keras ditakik.TakrifYang menurut dilakukan dengan lemah lembut, sedang yang melawan harus dikerasi. (Bandingkan dengan: a. Keras ditakik, lunak disudu, b. Lemah [lunak] tersudu, keras tak tertakik).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDurian seambung dengan timun.TakrifJika orang yang kuat dan khianat berhimpun dengan orang lemah dan baik, nescaya binasalah yang lemah dan baik itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKulai-balai bagai petai sisa pengait (= dikait).TakrifOrang yang lemah-lembut gerak gerinya. (Biasa juga: Kulai-balai bagai senduk didukung). kulai-balai = tergantung lemah, terayun-ayun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| lemah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan lesu: longlai, lengai, kelesa, lembam, tidak bertenaga, tidak bermaya, tidak berdaya,
tidak berkuasa, Berantonim dengan cergas
2. Bersinonim dengan lembam: lempam, lambat, lembap, Berantonim dengan cerdas
| Kata Terbitan : melemahkan, kelemahan, |
|
Puisi |
---|
|
Lemah lembut pandan berduri, Putus tali kain cadar; Lemah lembut membawa diri, Pandai hati siapa menanggar.
Lihat selanjutnya... |
|