PeribahasaTidur tak lelap, makan tak kenyang.TakrifOrang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLupa ketinggalan, terlelap kemalingan.TakrifKurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam.TakrifSangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Tidur tak lelap, makan tak kenyang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|