PeribahasaKura-kura pandai kerabat kayu.TakrifBerbuat sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Kura-kura [hendak] memanjat kayu. kerabat = panjat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTebas buluh serumpun.TakrifMerosakkan kaum kerabat kerana perbuatan yang tidak baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenebas buluh serumpun (= seperdu).TakrifMerosakkan nama kaum kerabat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertukik jejak mendaki, tersendorong jejak menurun.TakrifKaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasin lagilah garam sendiri.TakrifSanak-saudara atau kaum kerabat lebih dipentingkan daripada orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMeminta rotan yang sekerat.TakrifHendak berpisah daripada kaum kerabat, kerana berkecil hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencari yang sehasta sejengkal.TakrifMenyelidiki jauh dekatnya perhubungan kaum kerabat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebusuk-busuk daging dikincah, dimakan juga; seharum-harum tulang, dibuang.TakrifKaum kerabat yang berbuat salah, dibela dan dibersihkan namanya daripada kesalahan itu, tetapi kalau orang lain didiamkan saja. kincah (mengincah) = membersihkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak sungguh getah daun, yang sebenarnya getah batang juga.TakrifSejahat-jahat saudara kandung sendiri, terlebih baik daripada kaum kerabat yang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|