PeribahasaKerana cenderawasih, merak mas (emas) dilepaskan.TakrifSesudah mendapat kekasih baru, kekasih lama dilepaskan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti bulan dimakan rahu.TakrifMemeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kemi lekat di ikan.TakrifPasangan kekasih (suami isteri) yang tak dapat dipisahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti gemi berjodoh dengan ikan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKeli dua selubang.TakrifSeorang perempuan yang mempunyai kekasih dua orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai ular dengan legundi (= lenggundi).TakrifSangat terpikat kepada kekasih. legundi = sejenis tumbuhan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepuluh bintang, bertabur, bolehkah sama dengan bulan yang satu.TakrifSeorang kekasih tak dapat diganti dengan orang lain, walau berapa banyak sekalipun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSayangkan kain, buangkan baju; sayangkan lain, buangkan aku.TakrifIsteri yang mencari kekasih lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKaram di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah.TakrifKesedihan kerana kematian kekasih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang.TakrifKeadaan yang serba salah dalam menghadapi kekasih atau isteri yang curang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngus (hangus) tiada berapi, karam tiada berair.TakrifMenderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih. (Peribahasa lain yang sama makna: Hanya tiada berapi, sejuk tiada berair).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kasih (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara, Berantonim dengan benci
2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati, Berantonim dengan benci
| Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani, |
|
Puisi |
---|
|
Jika Leman kekasih orang, Dipalit dengan tenun aksinya; Ingat-ingat abang seorang, Balik belakang ada gantinya.
Lihat selanjutnya... |
|