PeribahasaTak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu.TakrifSegala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak beras antah dikisik, d. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah). bercemat = menarik perahu dengan tali yang diikatkan kepada perahu itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKe hulu kena bubu, ke hilir kena tengkalak.TakrifTak dapat terhindar daripada bahaya. tengkalak = lukah yang panjang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian.TakrifSupaya mendapat kesenangan kelak, harus berani bersusah payah dahulu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah.TakrifSegala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak beras antah dikisik, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak beras antah dikisik.TakrifSegala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung.TakrifSegala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b.Tak beras antah dikisik, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). talang = sebangsa buluh yang banyak berisi air.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan menghulurkan hulu keris ke tangan orang.TakrifJangan menyerahkan kuasa kapada orang, nescaya kita dibinasakannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Petang-petang pergi ke hulu, Sampai ke hulu memetik buah; Kalau tuan balik dahulu, Sudah petang hati tak puas.
Lihat selanjutnya... |
|