PeribahasaKasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta, kasih ibu sama rata, kasih sahabat sama binasa.TakrifKasih yang sama beradalah kasih yang sempurna, sebab biar bagaimanapun kasih seseorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBadan bersaudara; emas perak tiada bersaudara; kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata; kasih sahabat sama binasa.TakrifBagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan.TakrifCinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerja sebarang hubah, kasih sebarang tempat.TakrifKerja apa pun suka, kepada siapa pun kasih. (Bandingkan dengan: Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat). hubah = suka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerhadap kasih mesra, balik belakang lain bicara.TakrifTidak teguh janji.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab kasih akan bunga setangkai, dibuang bunga seceper.TakrifKerana sayang pada seorang saja, disia-siakan keluarga yang banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKasih sepantun tulisan pinggan.TakrifKasih yang tak hilang-hilang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKasih itu roh (= semangat) yang buta.TakrifKasih tidak memilih yang baik atau yang cantik saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKasih tidak bersekutu dengan bijak.TakrifApabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat-celanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti labah-labah cinta (= kasih sayang) kepada telurnya.TakrifKasih sayang yang tak dapat dipisahkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kasih (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara, Berantonim dengan benci
2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati, Berantonim dengan benci
| Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani, |
|
Puisi |
---|
|
Bagaimana nak tanam selasih, Tanamlah mari di rumpun keladi; Bagaimana hati nak kasih, Kasih bercampur denganlah budi.
Lihat selanjutnya... |
|