PeribahasaBerniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.TakrifMembuat pekerjaan yang sia-sia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai nakhoda kasap: hujung hilang, pangkal lesap.TakrifMengeluarkan belanja dengan tidak tentu dalam sesuatu pekerjaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak kuda bulu kasap.TakrifAnak muda yang riang gembira. bulu kasap = bulu yang tidak licin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertunggul ditarah, kesat diempelas.TakrifSegala perselisihan kecil dan besar hendaklah diselesaikan dengan seadil-adilnya. empelas = pohon yang daunnya kasap.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|