PeribahasaJejak selut kaki terbenam.TakrifBerbuat sesuatu barang yang tidak diketahui, akhirnya akan mengecewakan. selut = lumpur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan?TakrifKesan perbuatan jahat dapat dihilangkan, tetapi tabiat tak dapat dihilangkan dengan mudah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertukik jejak mendaki, tersendorong jejak menurun.TakrifKaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenghilangkan jejak bagai harimau.TakrifBerbuat sesuatu untuk menutup kesalahan atau perbuatan yang kurang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencari jejak dalam air.TakrifPekerjaan yang sukar dan sia-sia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi.TakrifMendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati kuang kerana bunyi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama kiambang di air, akar tidak jejak di bumi.TakrifTidak tetap pada suatu tempat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai anjing melintang denai.TakrifSangat gembira; sangat gembira; sangat sombong. denai = jejak binatang besar di hutan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencari kutu dalam ijuk.TakrifPekerjaan yang sukar dan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Mencari jejak dalam air).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencungkil kuman dengan alu.TakrifPekerjaan yang sukar dan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencari jejak dalam air, b. Mencari kutu dalam ijuk, c. Mencari penjahit dalam rumput, d. Mencari umbut dalam batu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
297 | The leopard cannot change its spots | Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah. | Jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan? | I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard cannot change its spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose! | Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
|