PeribahasaTak boleh dibaiki, jangan dipecahkan.TakrifJangan rosakkan (mencela) perkara yang tidak kita ketahui. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada dapat dibaiki, jangan pula dipecahkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJikalau tiada dapat dibaiki, jangan pula dipecahkan.TakrifJangan rosakkan (mencela) perkara yang tidak kita ketahui.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar bernasib duri, jika terbuang pun tidak mengapa; jangan bernasib kayu, walau banyak berguna sekalipun.TakrifLebih baik miskin daripada kaya menanggung hutang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak umpat yang membunuh, tidak puji yang mengenyang.TakrifApa yang difikirkan baik terus kerjakan; jangan dihiraukan umpat dan puji orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan menyuruh kapak menyelam beliung.TakrifJangan memberi kepercayaan kepada orang yang tidak setia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah.TakrifBerusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang baru kaya jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi.TakrifPerbuatan yang tidak mendatangkan faedah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan diajar orang tua makan kerak.TakrifTidak usah diajar orang yang sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Jangan diajar orang tua makan dadih).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga.TakrifJangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa. guri = sebangsa buyung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan difikirkan kalau tebu itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga.TakrifNasihat yang baik tidak memandang orang yang mengatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Jangan difikirkan bengkok tebu itu bengkok pula manisnya.).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Kalau dedak kata dedak, Jangan saya tertampi-tampi; Kalau tidak kata tidak, Jangan saya ternanti-nanti.
Lihat selanjutnya... |
|