PeribahasaNeraca berbatu intan.TakrifHukuman yang seadil-adilnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBak ajung berat sebelah.TakrifHukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai limau masam sebelah, b. Bagai perahu karam sebelah). ajung = jung, sebangsa kapal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai perahu karam sebelah.TakrifHukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai limau masam sebelah.TakrifHukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNasi masak periuk pecah.TakrifHukuman yang sudah putus tak dapat dibanding (diapel) lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRumah sudah tukang berbunuh (= dibunuh).TakrifHukuman yang tak dapat dibanding (apel) lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLimau masak sebelah, perahu karam sekerat.TakrifHukuman yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemanjat pokok cekur boleh jatuh mati.TakrifHukuman yang berat kerana kesalahan yang sedikit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemancung tinggi-tinggi, menebang rendah-rendah.TakrifHukuman diminta yang setinggi-tingginya, tetapi yang dijatuhkan ialah yang serendah-rendahnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenimbang (= mengati) sama berat, mengukur sama panjang.TakrifHukuman yang tiada berat sebelah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|