PeribahasaHitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai.TakrifYang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKaduk naik junjung.TakrifOrang hina merasa dirinya mulia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti cacing di pelimbah.TakrifHina dan keji.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCacing menjadi ular naga.TakrifOrang hina menjadi orang mulia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPipit meminang anak enggang.TakrifOrang hina (miskin) meminang anak orang mulia (kaya); sesuatu yang aneh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakkan bongkok sebab menyuruk.TakrifTiada hina atau cela mengerjakan sesuatu pekerjaan yang dipandang rendah, kerana menyelamatkan diri ataupun menyampaikan maksud yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnjing ditepuk menjungkit ekor.TakrifOrang hina apabila dihormati, sombonglah jadinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelalang hendak menjadi elang.TakrifOrang bodoh (= hina) hendak berlaku sebagai orang besar (= pandai-pandai). (Bandingkan dengan: Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMati enau tinggal di rimba.TakrifOrang hina jika mati, tak akan disebut-sebut orang lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnjing tiada bercawat ekor.TakrifSesuatu yang hina dan tiada berguna. (Bandingkan dengan: Anjing bercawat ekor).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| hina (adjektif) | Bersinonim dengan keji, tercela, tercemar, terkutuk, lata, buruk, kotor;, | | Kata Terbitan : menghina, terhina, kehinaan, penghinaan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak Cina berbaju satin, Sudah satin jarang pula; Hina saya kerana miskin, Sudah miskin dagang pula.
Lihat selanjutnya... |
|