PeribahasaDahan pembaji batang.TakrifMenggunakan harta benda tuannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaEmas berpeti, kerbau berkandang.TakrifHarta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau berkandung, emas berpura).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerbau kandang, emas berpura.TakrifHarta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Emas berpeti, kerbau berkandang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemak penyelar daging.TakrifMemboroskan harta benda tuannya. penyelar = penggoreng.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencucup benak orang.TakrifMengambil harta benda orang lain dengan kekerasan; mengambil untung daripada orang miskin dan melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarap hendak melonjak, kopiah pesuk.TakrifSegala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHutan jauh diulangi, hutan dekat dikendana.TakrifHarta-benda (kaum keluarga) baik jauh ataupun dekat, hendaklah selalu dijaga. kendana = dijaga, diamat-amati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarap hendak meraup, tidak boleh menggenggam.TakrifSegala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak mahu koyak kulit, koyak kain mahu juga.TakrifHanya mahu berkorban dengan harta benda saja, tetapi tidak mahu mengorbankan diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.TakrifKasih sayang hanya kerana memandang harta benda. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|