PeribahasaSejengkal menjadi sehasta.TakrifBerlebih-lebihan daripada hal yang sebenar. (Peribahasa lain yang sama makna: Cakapan sejengkal dibawa sehasta).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCakapan sejengkel dibawa sehasta.TakrifBerlebih-lebihan daripada hal yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sejengkal menjadi sehasta).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kecek ular.TakrifMenceritakan berlebih-lebihan daripada keadaan yang sebenarnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAkan dijadikan tabuh, singkat; akan dijadikan gendang, berlebih.TakrifIlmu pengetahuan yang serba tanggung. (Biasa juga: Untuk tabuh singkat untuk gendang panjang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGulai terlampau serai maung rasanya.TakrifPerbuatan (perkataan) yang berlebih-lebihan akhirnya akan menjadi sia-sia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUsahlah teman dimandikan pagi.TakrifUsahlah dipermain-mainkan dengan sanjungan yang berlebih-lebihan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.TakrifJika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-lebihan sehingga tidak pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerana lotong terlalu makan, tupai dijulai timpa perasaan.TakrifOrang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. lotong (lutung) = kera hitam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| lebih | 1. Bersinonim dengan baki ( sisa) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan semakin ( bertambah, kian, lagi, ) (kata tugas:) Berantonim dengan kurang
| Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan, |
|
|