PeribahasaHilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang.TakrifOrang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang.TakrifOrang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBatu kecil berguling naik, batu besar berguling turun.TakrifOrang biasa menjadi mulia kerana harta; orang mulia menjadi hina sebab tiada berharta.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTeras terunjam, gubal melayang.TakrifPenduduk peribumi akan tetap tinggal di negerinya, sedangkan orang-orang asing akan meninggalkannya; orang yang baik budi bahasanya akan dimuliakan walaupun tidak berharta. gubal = kayu yang lunak, antara kulit dengan teras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|