PeribahasaLurah tidak terturuni, bukit tidak terdaki.TakrifTeramat tua dan daif.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas.TakrifOrang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLurah dituruni, bukit didaki.TakrifGigih; tak mengenal lelah; azam yang kuat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi lurah maka hendak angin, di bukit maka hendak air.TakrifBerkehendakkan sesuatu tidak pada tempatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi lurah air yang besar, di bukit orang yang hanyut.TakrifOrang yang tiada bersalah menerima hukuman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat lurah timbunan sarap.TakrifOrang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSedatar saja lurah dengan bukit.TakrifTidak membeza-bezakan orang kaya dengan orang miskin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNan lurah (= rendah) juga diturut air.TakrifOrang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. (Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBukit sama didaki, lurah sama dituruni.TakrifPersahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBukit 'lah tinggi, lurah 'lah dalam.TakrifTeramat tua dan daif.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |