Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
saya ingin mendapatkan senarai karya-karya yang dikatakan sebagai karya agung atau karya-karya yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan. t.kasih | Berhubung dengan pertanyaan tersebut, sdr. boleh merujuk kepada Yayasan Karyawan beralamat pejabat di Lot 14 & 15, Paras 3, Blok G (Utara), Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur. No. Telefon 03 - 20952745 atau faks 03 - 20952787. Pegawai atau editor yang boleh dihubungi ialah Puan Hajah Nor Jannah Adam. Selamat berjaya dan Wassalam. | Lain-lain | 15.03.2009 |
World Youth Foundation | Yayasan Belia Sedunia | Lain-lain | 11.11.2008 |
Karya Agung: Siapakah penulis yang mendapat anugerah karya agung bagi hasil penulisannya dan apakah judul penulisan mereka? | Karya Agung Melayu ialah karya yang tertulis dalam bahasa Melayu atau yang diungkapkan atau dilisankan dalam bahasa Melayu, tidak kira di manakah asalnya di Dunia Melayu ini. Tiga faktor utama yang merangsang penghasilan Karya Agung dalam bahasa Melayu dalam sejarah yang lalu ialah (a) kekuatan bahasa Melayu itu, (b) pengaruh Islam, dan (c) peranan istana dan sekolah pondok/pesantren. Tiada pengarang yang menerima anugerah atas penulisan mereka kerana beberapa sebab seperti waktu, tujuan dan tidak diketahui pengarangnya. Antara karya yang ditakrif sebagai Karya Agung Melayu oleh Yayasan Karyawan ialah Sulalat al-Salatin (Tun Seri Lanang), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), Hikayat Aceh, Hikayat Raja Pasai, Bustan al-Katibin (Raja Ali Haji), Taj al-Salatin (Bukhari al-Jauhari) dan banyak lagi. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku "Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan" terbitan Yayasan Karyawan | Lain-lain | 13.06.2007 |
sumbangan za,ba terhadap perkembangan bahasa melayu | Sila rujuk bahan ini : Za'ba: patriot dan pendeta melayu | Adnan Haji Nawang | Yayasan Penataran Ilmu | 1994 Perjuangan Za'ba untuk memartabatkan pendidikan Melayu | Adnan Haji Nawang | Jurnal Pengajian Melayu | 01/01/1996 Za'ba Pendeta bahasa sepanjang zaman | Awang Sariyan | Pelita Bahasa | 01/07/2000 Za'ba Pendeta Bangsa | Mahaya Mohd. Yassin | Dewan Sastera | 01/03/2005 Za'ba: pendita ulung dan penyuluh bahasa | Azizul Azman Othman | Mutiara Malaysia | 01/05/1995 | Lain-lain | 07.05.2008 |
asal-usul bahasa melayu,ciri-ciri serta fungsinya? | Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa Melayu abad ke 16 Asmah Haji Omar Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1991 2. Bahasa Melayu An Introduction To Malay Language And Culture Siti Rosnah Haji Ahmad Golden Book Centre Sdn. Bhd. 2001 . 3. Bahasa Melayu bahasa dunia: sejarah singkat Collins, James T Yayasan Obor Indonesia 2005 . 4. Bahasa Melayu Sedekat Lalu Prof.Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim Dewan Bahasa dan Pustaka 2004 | Lain-lain | 13.09.2007 |
Assalamualaikum.. saya,pelajar Institut Perguruan llmu Khas ingin menanyakan pihak tuan tentang sastera melayu iaitu berkenaan cerita rakyat..saya ingin mengetahui sama ada koleksi asal cerita rakyat seperti Lebai Malang,Pak Pandir dan Pak Kaduk ada dalam simpanan pihak tuan ataupun tidak..Ini kerana pada akhir tahun ini kami akan mengadakan satu pementasan tentang cerita-cerita tersebut.Macam mana saya boleh dapatkan cerita asal tentang tajuk-tajuk cerita tersebut..Sekian. | Sila dapatkan buku "Cerita Jenaka Melayu" terbitan Yayasan Karyawan, Kuala Lumpur. Untuk rujukan pihak saudara/saudara boleh meminjamnya di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP, KL. | Lain-lain | 26.02.2008 |
Sumbangan zaaba terhadap perkembangan bahasa Melayu | Sila rujuk bahan ini : 3. Za'ba: patriot dan pendeta melayu | Adnan Haji Nawang | Yayasan Penataran Ilmu | 1994 | 928.9923 Adn |
| Lain-lain | 18.04.2008 |
|
|