Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum, Editor Tunas Cipta. Sebagai pembaca yang mengikuti perkembangan Tunas Cipta, bagaimanakah caranya untuk mengirim makalah atau esei kesusasteraan ke majalah Tunas Cipta? | Khay Barbara:saudara boleh e-mel karya ke alamat ini ghanig@dbp.gov.my atau sitinoorisa@dbp.gov.my | Lain-lain | 16.04.2012 |
Yang mana betul? a. baju melayu atau baju Melayu b. baju kebaya atau baju Kebaya c. pengakap atau Pengakap d. Tunas Puteri atau tunas puteri e. Persatuan Bulan Sabit Merah atau persatuan bulan sabit merah f. pengerusi atau Pengerusi g. setiausaha atau Setiausaha h. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Dalam buku teks BM SJK (C) tahun 5 wujudnya ayat berbunyi: ......sekolah saya mempunyai Taman Sains, Makmal Komputer........... Soalan saya: Mengapa Taman Sains, Makmal Komputer ditulis dalam huruf besar? Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: a. baju Melayu b. baju kebaya c. Pengakap d. Tunas Puteri e. Persatuan Bulan Sabit Merah f. pengerusi g. setiausaha h. Bahasa Malaysia (subjek) i. Taman Sains, Makmal Komputer - nama khas ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 07.01.2011 |
Dari segi Hukum D-M, Yang manakah betul ? (a) Kadet Pandu Puteri Malaysia ATAU Pandu Puteri Kadet Malaysia. (b) Renjer Pandu Puteri ATAU Pandu Puteri Renjer (c) Tunas Pandu Puteri ATAU Pandu Puteri Tunas Sekian, terima kasih. | jawapan yang betul, kadet pandu puteri, renjer pandu puteri, dan tunas pandu puteri | Tatabahasa | 09.11.2007 |
Jabatan kerap menerima permohonan daripada pemaju untuk menggunakan perkataan 'Residensi' dalam urusan penamaan nama taman/bangunan. Adakah perkataan ini boleh/sesuai digunakan bagi pembangunan berstrata atau bukan berstrata. Sebagi contoh, 'Tunas Residensi' yang berasaskan kepada nama syarikat/pemaju. | Untuk makluman, perkataan "Residensi" boleh digunakan untuk penamaan bangunan atau taman. Walau bagaimanapun, perkataan "Residensi" mesti diletakkan di depan, contohnya Residensi Tunas. Tunas Residensi adalah salah kerana mengikut bentuk bahasa Inngeris, iaitu "Tunas Residency". | Lain-lain | 11.06.2013 |
soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan | Puan Ruzita, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan jawapan yang tidak mengikut susunan analaoginya adalah a) perahu - kayuh | Tatabahasa | 18.03.2009 |
Saya mendapat tahu editor majalah Tunas Cipta , Puan Noraini (Bonda Ani) akan ke luar negara pada bulan September. Adakah ini bermakna Bonda Ani akan bersara terus sebagai editor ? | Untuk keterangan lanjut, saudari boleh mengemukakan pertanyaan tersebut kepada Puan Noraini binti Husin, melalui no. telefon 03-21434831 atau melalui e-mel: norainihussin@dbp.gov.my. | Lain-lain | 05.06.2009 |
salam.. bagaimana cara untuk menghantar karya ke tunas cipta ? | salam. amat dialu-alukan kiriman karya, e-mel kepada ghanig@dbp.gov.my atau sitinoorisa@dbp.gov.my | Lain-lain | 29.06.2012 |
Wah, cantik dan unik tiga ilustrasi cover Tunas Cipta. Saya ingin menghantar makalah bersifat kajian, dalam ruangan "TUMPUAN", berapakah format halaman yang ditetapkan? Selain itu, saya menghantar dua puisi dan bakal menghantar satu cerpen terbaru ciptaan saya. | E-melkan sahaja kepada saya, ghanig@dbp.gov.my berkenaan makalah berbentuk kajian, lebih elok jika menghantar PM FB sinopsis kepada saya dahulu untuk perbincangan awal. | Lain-lain | 17.06.2012 |
Siapakah Editor Majalah Pelita Bahasa yang terkini ? Saya mohon diberi alamat email Editor Pelita Bahasa untuk dikirimkan puisi . Adakah tema cerpen untuk majalah Tunas Cipta ini bebas atau ada had tema yang ditetapkan ? | Editor Majalah Pelita Bahasa ialah Norazlenda Abd. Hadi dan beliau boleh dihubungi melalui alamat e-mel nazlenda@dbp.gov.my. Untuk mendapatkan maklumat mengenai majalah Tunas Cipta sila hubungi editor Abdul Ghani Abu melalui e-mel ghanig@dbp.gov.my. | Lain-lain | 08.06.2012 |
Saya mohon maaf soalan yang saya kemukakan sebelum ni dan dalam proses ada sedikit kesilapan . Yang akhir sekali saya tanya tema Cerpen majalah Pelita Bahasa bukan Tunas Cipta . Majalah Pelita Bahasa tentang bahasa saja ke diterima atau temanya bebas ? Saya juga minta diberi alamat email kiriman puisi untuk Pelita Bahasa . (Siapakah Editor Majalah Pelita Bahasa yang terkini ? Saya mohon diberi alamat email Editor Pelita Bahasa untuk dikirimkan puisi . Adakah tema cerpen untuk majalah Tunas Cipta ini bebas atau ada had tema yang ditetapkan ?) | Salam, puan. Seperti majalah terbitan DBP yang lainnya, tema cerpen majalah Pelita Bahasa juga bebas. Walau bagaimanapun, cerpen yang bertemakan bahasa dan sastera sangat dialu-alukan. Penghantaran bahan boleh diajukan kepada Ketua Editor Bahagian Majalah seperti yang sudah dijawab sebelum ini kepada puan. | Lain-lain | 11.06.2012 |