Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan, Ejaan TULEN tertera dalam Kamus Dewan. Cuma saya ingin tahu adakah ejaan tersebut termasuk dalam pola ejaan huruf vokal yang termasuk dalam 18 pola. Kenapa tidak dieja TULIN yang mengikut pola u-i. Terima kasih | Kata 'tulen' berasal daripada bahasa Indonesia. Sama seperti 'perabot', 'tulen' juga terkecuali daripada pola keselarasan vokal dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 07.04.2011 |
Huraian tentang perkataan Akronim tulen | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, akronim ialah kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (mis RISDA, MARA). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Istilah | 14.05.2009 |
HURUF KONSONAN DAN HURUF VOKAL | Vokal ialah vokal tulen (Lin) huruf hidup atau huruf saksi. Terdapat enam fonem vokal dalam bahasa Melayu iaiti: a, e, é, i, o, u. Manakala konsonan pula ialah (Lin) huruf selain vokal seperti t, s, l, m, n, dan lain-lain. Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 298) dan Ensiklopedia Bahasa Melayu (halaman 29,55,96) untuk mendapatkan keterangan lanjut. | Tatabahasa | 19.04.2013 |
concentrate the stock clear basic stock | memekatkan stok dan tulen/asli stok asas jernih | Lain-lain | 26.03.2007 |
apakah bezanya bumiputera dng melayu | Kamus Dewan menakrifkan bumiputera ialah anak tulen dari sesebuah negara; atau disebut juga peribumi. Manakala Melayu ialah nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihatkan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) memelayukan: ~ istilah. Walau bagaimanpun untuk aspek yang lebih teknikal saudara perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan Melayu. | Tatabahasa | 28.11.2012 |
Senarai vowel dan konsonan Bahasa Melayu | Vokal ialah vokal tulen (Lin) huruf hidup atau huruf saksi. Terdapat enam fonem vokal dalam bahasa Melayu iaiti: a, e, é, i, o, u. Manakala konsonan pula ialah (Lin) huruf selain vokal seperti t, s, l, m, n, dll. Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 298) dan Ensiklopedia Bahasa Melayu (halaman 29,55,96) untuk mendapatkan keterangan lanjut. | Lain-lain | 20.02.2010 |
apakah erti jati diri dan cara yang betul menggunakan istilah ini. | Jati bermakna sejati asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg. sebenarnya. Jati diri bermakna identiti diri, keperibadian diri yang masih utuh dengan nilai-nilai adat, budaya, agama, bangsa dan negara. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian situasi dan kon | Makna | 20.05.2005 |
Bolehkah saya mendapatkan definisi yang tepat dan mudah difahami serta mudah untuk dijelaskan kepada orang ramai mengenai Defisini:- i. Bumiputera ii. Bukan Bumiputera | Kamus Dewan menakrifkan bumiputera ialah anak tulen dari sesebuah negara; atau disebut juga peribumi. Walau bagaimanpun untuk aspek yang lebih teknikal saudara perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan bukan bumiputera. Kamus Dewan hanya memberikan makna untuk difahami dan tidak melibatkan aspek teknikal atau perundangan. | Makna | 08.04.2011 |
Soalan saya berkaitan dengan pengistilahan Authentic Project di dalam bahasa melayu. di harap mendapat pertimbamgan dengan kadaran segera. | Untuk makluman, tidak ada istilah authentic project dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah authentic mempunyai beberapa padanan dalam bahasa Melayu, iaitu sahih, sah, tulen, lengkap, asli, boleh dipercayai, autentik. Padanan untuk authentic project bergantung pada konteks yang digunakan sama ada projek yang boleh dipercayai, projek tulen dan sebagainya. | Istilah | 30.01.2011 |
mahu terjemahan ke Bahasa untuk terma "Original Equiment Manufacturer (OEM)" dan "Original Design Manufacturer (ODM)" yang tepat. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk Original Equipment (OEM) Manufacturer dan Original Design Manufacturer (ODM). Walau bagaimanapun, istilah untuk manufacturer ialah pengilang, equipment ialah peralatan, design ialah reka bentuk, dan original ialah tulen atau asli. Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang dikemukakan ialah Pengilang Peralatan Tulen dan Pengilang Reka Bentuk Tulen. | Istilah | 18.10.2011 |
|
|