Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ayat di bawah betul???? 1. Di badan ikan itu terdapat tompok-tompok hitam. 2.Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis kami. 3. Inai memerahkan jarinya. 4Jangankan pergi ke Ipoh , Taiping pun belum pernah. | Ayat 1) Di badan ikan itu terdapat tompok-tompok hitam. Ayat ini boleh dinakan, manakala bagi ayat kedua, digalakkan agar digunakan Kehadiran tuan akan menyerikan majlis kami. Ayat ke-3. Inai memerahkan jarinya boleh digunakan. Manakala ayat keempat iaitu Jangankan pergi ke Ipoh , Taiping pun belum pernah juga boleh digunakan. Namun demikian, bagi membantu saudara mendapatkan penjelasan berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan di bawah tajuk imbuhan me-kan-i. | Tatabahasa | 27.06.2007 |
saya ___ kucing ini Si Tompok. 'menamai' atau 'menamakan'? | Ayat yang betul ialah "Saya menamai kucing ini Si Tompok." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
saya ingin bertanya, adakah imbuhan pe/peng juga boleh merujuk kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan? saya ingin mendapatkan takrifan bagi perkataan pengguna. contoh : pak mat membeli freskis untuk kucingnya tompok. pak mat tidak makan freskis itu. tompok yang makan. siapakah pengguna freskis itu? pak mat atau tompok? atau kedua-duanya? terima kasih. . | Pengguna bermaksud orang dan lain-lain yang menggunakan termasuklah haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Hal ini boleh dijelaskan melalui konteks ayat atau penceritaan dalam ayat. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan mudah untuk kita menentukan siapa yang menggunakan/makan makanan tersebut. | Tatabahasa | 04.12.2012 |
Saya ingin tahu tentang penggunaan kata ganti nama diri "dia". Bolehkah saya menggunkan perkataan dia untuk merujuk kepada kucing belaan saya? Sebagai contoh, "Saya membela seekor kucing. Dia diberi nama Si Tompok oleh ibu saya." Adakah pengunna "dia" betul di contoh tersebut. Sekiranya penggunaan "dia" ialah salah, adakah penggunaan 'ia" betul? | Kata ganti nama diri "dia" atau "ia" adalah setara dan hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu kata ganti nama diri orang ketiga. Kata ganti nama diri tersebut tidak boleh digunakan untuk binatang (kucing). Untuk merujuk kucing, bolehlah gunakan "Si Tompok" atau kucing itu. | Tatabahasa | 24.04.2011 |
Saya sedang dalam proses menterjemah laman web kerajaan (dari bahasa inggeris kepada bahasa melayu) apa istilah yang sesuai bagi perkataan 'patch' dan 'patching security hole' Terima kasih. | Dalam bidang komputer padanan bahasa Melayu bagi perkataan patch ialah tampal, tompok atau tampung. Padanan bagi patching security hole pula ialah menampal/menampung lubang keselamatan. Walau bagaimanapun penggunaan padanan ini bergantung pada konteks penggunaan dan konsep yang hendak diterangkan. | Istilah | 16.07.2008 |
Salam sejahtera . Adakah Hutan Hujan Tropika dan Taman Buaya kata nama khas hidup bukan manusia? Apakah contoh lain kata nama khas hidup bukan manusia? Terima kasih. | Hutan Hujan Tropika dan Taman Buaya tergolong dalam kumpulan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup bukan manusia terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang hidup tetapi bukan jenis manusia, seperti malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan seumpamanya, contohnya: Jibrail, Tompok, Belang, Kancil, Vanda diana (sejenis orkid) dan Hevea brasiliensis (pokok getah). | Tatabahasa | 08.01.2013 |
|
|