Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya ingin bertanya adakah laman web http://www.karyanet.com.my sudah tidak berfungsi atau sudah di ganti dengan laman web lain.. Ini kerana ia sudah tidak dapat di akses.. Laman ini sangat berguna.. | Assalamualaikum Saya cadangkan saudara melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan rujukan berkaitan kebahasaan dan khazanah persuratan melayu di alamat http://www.dbp.gov.my Terima kasih | Lain-lain | 28.03.2010 |
salam... satu soalan... kata ganda yang menunjukkan banyak (benda) seperti buku-buku untuk menunjukkan banyak buku, kereta-kereta ( yang menunjukkan banyak kereta) adakah sudah tidak boleh digunakan lagi pada masa sekarang ? - Nazir sekolah beritahu sudah tidak digunakan lagi... betulkah??? | Sekiranya ayat/frasa tersebut sudah disertai oleh perkataan banyak, perkataan tersebut tidak perlu digandakan lagi. Contohnya banyak buku, banyak kereta, bukan banyak buku-buku, banyak kereta-kereta. | Tatabahasa | 31.03.2010 |
Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1. Suaranya sudah tidak mendapat perhatian daripada ahli. 2. Sudah bertahun-tahun lamanya dia tidak pulang ke desa. 3. kekayaan itu bermula dengan usaha yang gigih. 4. Ada pekerja-pekerja yang didapati melanggar peraturan pejabat dengan melayari internet pada waktu bekerja. | Puan, Ayat nombor 1 betul dari segi tatabahasanya. Ayat nombor 2 lebih gramatis sekiranya digugurkan perkataan sudah dan dimulakan dengan bertahun-tahun lamanya sementara ayat nombor 3, perkataan dengan hendaklah digantikan dengan perkataan daripada. Ayat nombor 4 boleh ditulis: sebilangan besar pekerja didapai melanggar peraturan pejabat dengan melayari Internet pada waktu bekerja. Terima kasih. | Tatabahasa | 06.01.2011 |
Salam, Saya inginkan kepastian. Benarkah istilah Orang Kurang Upaya (OKU) kini sudah ditukar menjadi Orang Kelainan Upaya?Adakah ini bermakna penggunaan istilah Orang Kurang Upaya sudah tidak relevan? Sekian, terima kasih. | Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini, iaitu penggunaan "Orang Kelainan Upaya" yang seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang perubahan dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan. | Istilah | 14.08.2012 |
Apakah yang dimaksudkan dengan warga tua? | Warga tua bermaksud orang sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah berumur tua atau bahasa halusnya orang tua. | Makna | 31.08.2006 |
Ayat: Adib tidak mengirim berita sudah lama kepada ibu bapanya di kampung. Soalan: Frasa "tidak mengirim berita sudah lama" adakah tepat/betul struktur ayatnya? -soalan ujian BM Selaras ZPWPKL Tahun 6 2011. | Frasa yang paling tepat ialah "sudah lama tidak mengirimkan berita". | Tatabahasa | 20.05.2011 |
minta tuan memberikan maksud perkataan : KONSEKUENNYA. | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, maksud konsekuen ialah secocok (sesuai, selaras) dengan kata-kata dan lain-lain yang terdahulu atau sama (tidak bersalahan) dengan yg sudah-sudah. | Makna | 05.06.2009 |
Saya sering menggunakan khidmat istilah Melayu - Inggeris. Nampaknya setelah dibuat pembaharuan saya sudah tidak tahu lagi bagaimana nak menggunakan kemudahan berkenaan. Tolong. | Untuk makluman tuan, DBP telah melaksanakan penambahbaikan sistem penyampaian yang sedia ada. Tuan masih boleh melayari laman sesawang DBP seperti biasa untuk membuat rujukan, tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat yang diperlukan. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudari hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba. | Lain-lain | 28.05.2009 |
Salam sejahtere, saya seorang pengguna karyanet yang kerap menggunakan khidmat istilah dan kamus dewan. Mengapakah laman karyanet sudah tidak berfungsi. Ia sangat bagus dan patut diteruskan. sekiranya ia sedang diperbaiki sekalipun, patut ada pemberitahuan apabila link tersebut diklik. terima kasih. | Assalamualaikum Selain karyanet DBP ada menyediakan khidmat carian istilah dan Kamus Dewan melalui perkhidmatan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PPRM). Saya cadangkan saudara membuat rujukan melalui perkhidmatan yang disediakan ini dengan melayari laman DBP di alamat http://www.dbp.gov.my | Lain-lain | 28.02.2010 |
Apakah perbezaan antara 'kecacatan bangunan' dan "kerosakan bangunan' yang lazimnya digunakan dalam istilah kejuruteraan? | Kecacatan bangunan bermaksud keadaan bangunan yang tidak sempurna, manakala kerosakan bangunan bermaksud keadaan bangunan sudah tidak baik atau tidak sempurna lagi; sudah binasa atau pecah-pecah. Dalam bahasa yang mudah difahami kerosakan bangunan memungkinkan bangunan tidak boleh digunakan, manakala kecacatan bangunan hanya menyebabkan keadaan tidak sempurna tetapi masih boleh digunakan. Bidang pembinaan juga menerima konsep tersebut kerana itulah lazimnya istilah 'kecacatan bangunan' digunakan. | Istilah | 04.03.2012 |